3 Ikatan Tali Mudah Digunakan Sepanjang Hayat

Apabila sampai ke tapak perkemahan, antara aktiviti awal yang akan dilakukan setelah menurunkan beg dan melepaskan penat ialah mendirikan kemah / tapak / hammock untuk memastikan kawasan berteduh dan berehat sedia untuk digunakan.

Mendirikan tempat berteduh dan rehat seperti hammock dan flysheet tidak memerlukan berbagai jenis ikatan. Walaupun wujudnya lebih dari berpuluh jenis ikatan untuk berbagai jenis situasi dan aktiviti, tetapi kita hanya perlu mengingati 3 jenis ikatan peting yang akan selalu kita gunakan.

Kesemua jenis ikatan (“knot”) ini adalah ikatan jenis mudah-lepas (“quick-release knot”), ikatan-ikatan ini mudah untuk dibuat dan cepat untuk dibuka.

1. Siberian Hitch – Juga dikenali sebagi “Evenk Hitch”

Teknik ikatan ini direkodkan berasal dari Russia pada awal 1990-an, ianya digunakan oleh suku kaum Nenets (juga dikenali sebagai Samoyeds) yang tinggal di kawasan sejuk artik, bertempat di utara Russia. Teknik ikatan ini boleh dibuat walaupun ketika memakai sarung tangan tebal.

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali ke objek/pokok untuk membuat ampaian atau dalam bahaga Inggeris dipanggil “Ridgeline”.

siberian hitch

2. Trucker’s Hitch – juga dikenali sebagai “Wagoner’s Hitch”

Teknik ikatan ini seringkali digunakan untuk mengetatkan ikatan barang, ianya juga bertujuan untuk mendapatkan ketegangan tali semaksimum mungkin untuk mendirikan ampaian atau ketika memasang flysheet. Teknik simpulan dan ikatan ini direkodkan telah wujud lama sejak zaman pedagang membawa barangan mereka di belakang pedati.

truckers hitch

Ikatan ini guna boleh digunakan untuk mengangkat barangan ke atas pokok/tempat tinggi. Mari lihat panduan video di bawah.

crude pulley

3. Taut line hitch (adjustable)

Teknik ikatan ini digunakan untuk mendapatkan ketegangan tali. Ikatan atau simpulan ini direka untuk mudah gerak (adjustable) dan selalunya digunakan untuk menegangkan tali pada flysheet atau tarp.

taut line hitch

taut line hitch 2

Ambil perhatian, ikatan ini bukan untuk menampung beban. Mari lihat video panduan untuk mempelajari cara cara ikatan ini.

3 ikatan ini mudah untuk diingati dan akan banyak membantu anda ketika melakukan aktiviti di dalam hutan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.