Alahan Di Dalam Hutan

Aktiviti memasuki kawasan hutan sememangnya mempunyai risiko bahaya yang datang dari pelbagai aspek, serangga berbisa merupakan salah satu daripadanya.

Berbeza dengan setiap individu ada orang yang akan mengalami tindakan alahan kepada sengatan serangga berbisa seperti tebuan (atau alergi) jika disengat tebuan, ada juga yang tidak.

Apa Itu Alahan?
Alahan ialah tindak balas reaksi berantai yang terhasil apabila sistem imuniti badan bertindak untuk melawan serangan luar.

Sebagai contohnya bisa sengat, jangkitan bakteria, debunga, malah ada juga yang alahan dengan memakan kekacang dan juga virus asing yang membawa ancaman kepada tubuh badan manusia.

help help

Seperti yang kita semua tahu badan manusia mempunyai mekanisma pertahanan diri, alahan merupakan tindak balas yang sama tetapi lebih sensitif.

Apabila diserang dengan kemasukan benda asing, contohnya seperti bisa sengatan atau tersedut debunga (dipanggil allergen atau agen alahan) atau tersalah makan makanan yang mengandungi bakteria bahaya, badan akan mula mengalami tindak balas dan mula mempertahankan diri dengan merembeskan sejenis protin kimia dalam badan yang dikenali sebagai Histamin.

Histamin seterusnya akan menyebabkan saluran darah kecil mengembang dan kulit di sekitar kawasan jangkitan membengkak. Ini dikenali sebagai keradangan.

Pengembangan saluran darah membolehkan lebih banyak sel darah putih dihantar ke kawasan jangkitan untuk melawan jangkitan. Pembengkakan kulit sekeliling juga menyukarkan jangkitan untuk merebak ke bahagian badan yang lain.

reaksi kulit

Histamin bekerja dengan mengumpulkan sel darah putih yang akan bekerja melawan penceroboh asing di dalam badan di kawasan kawasan yang terkena serangan.

Histamin kebiasaannya adalah protein yang berguna. Walau bagaimanapun kadang kala kesannya perlu disekat terutama ketika berlaku kesilapan apabila sistem imun badan mengesan bahan yang tidak berbahaya, seperti debunga dan hama sebagai satu ancaman.

asd-1

Tindak balas Histamin yang bekerja mengakibatkan inflamasi pada kulit menjadikan ia radang dan bengkak, kegatalan, selsema dan paling merbahaya boleh menyebabkan salur penafasan tersumbat.

Pengeluaran kimia histamin menandakan yang individu tersebut mempunyai tindak balas alahan dan perlu diberi perhatian segera. Sesetengah manusia lain tidak mempunyai tindak balas histamin ini dan tidak mengalami sebarang alahan terhadap sengatan berbisa hanya akan mengalami bengkak sengatan seperti biasa.

histamine mine

Simtom Alahan
Apabila seseorang diserang atau terkena allergen, reaksi alahan tidak terus menunjukkan dirinya. Malah sistem imunisasi badan akan perlahan lahan menjadi sensitif terhadap serangan tersebut sebelum menunjukan reaksi melampau.

Sistem imunisasi badan memerlukan masa untuk mengenali dan juga mengingati allergen tersebut. Apabila ia mula terasa semakin sensitif terhadap serangan tersebut, ia mula menggunakan sistem antibody badan untuk melawannya.

Mari melihat simtom alahan yang berbeza dari segi cara terkena.

Simton Alahan dari Debunga:

  • Hidung tersumbat
  • Kegatalan di bahagian mata
  • Kegatalan di hidung
  • Selsema
  • Mata bengkak
  • Mata berair
  • Batuk

Simtom Alahan pada Kulit (atopic dermatitis) tersentuh pokok beracun contohnya:

  • Kulit merekah
  • Kegatalan pada kulit
  • Kulit tertanggal
  • Ruam dan kemerah merahan pada kulit

Alahan pada Makanan:

  • Muntah
  • Lidah bengkak
  • Terasa geli geli di dalam mulut
  • Bibir bengkak
  • Muka bengkak
  • Bengkak di tekak (bahaya)
  • Kesukaran bernafas (bahaya)
  • Pendarahan dari punggung (kanak kanak, orang dewasa jarang)
  • Kegatalan di dalam mulut
  • Cirit birit
  • Anaphylaxis – kesukaran bernafas atau kegagalan otot, peringkat paling merbahaya dan mengancam nyawa.

Alahan terkena sengatan berbisa:

  • Lelah atau kesukaran bernafas
  • Bengkak di kawasan sengatan
  • Penurunan tekanan darah secara mendadak
  • Kegatalan kulit
  • Muka bengkak
  • Terasa tidak tenteram
  • Ruam atau kesan merebaknya benjol benjol di kulit
  • Kepeningan
  • Batuk
  • Sesak dada
  • Anaphylaxis

Alahan pada ubat:

  • Lelah atau kesukaran bernafas
  • Lidah bengkak
  • bibir bengkak
  • muka bengkak
  • kulit mengalami ruam
  • Kegatalan
  • Anaphylaxis

Ubat Selsema dan Alahan?
Rupanya tidak ramai yang tahu alahan sebenarnya adalah penyakit keturunan dan tidak mempunyai ubat untuk menghilangkannya secara terus.

Tetapi wujudnya ubat untuk melegakan kesan tersebut secara perlahan. Alahan ialah salah satu sistem imunisasi badan dan ia sememangnya harus bekerja cuma alahan juga menyakiti tuan empunya badan.

Bahan kimia badan iaitu protin Histamin merangsang saraf penerima sensitif dan mengakibatkan tanda tanda alahan keluar secara berlebihan dan kadang kala boleh membawa bahaya kepada individu.

Untuk melawan atau mengurangkan tindak balas Histamin dalam badan, ubat ubatan Anti-Histamin (antihistamine) perlu diambil apabila simtom alahan mula menunjukkan diri.

antihistaminelevel

Ubat selsema seperti Cetirizine atau Loratadine mudah untuk didapati dari farmasi merupakan ubat ubatan antihistamine yang boleh mengubati tindak balas alahan melampau.

obat

Ubat Antihistamin akan mengurangkan keradangan kulit dan juga pembengkakan sementara sistem imunisasi badan bekerja dengan sendirinya untuk melawan serangan luar.

Di dalam hutan ada pelbagai jenis serangga berbisa, walaupun peratus serangan terhadap manusia amatlah kurang tapi risiko tetap wujud dan kita tak tahu bila atau siapa yang akan terkena serangan serangga berbisa itu.

Bukan hanya serangga, malah ada juga tumbuhan yang merbahaya boleh mengakibatkan alahan dengan cara terhidu debunga atau dengan sentuhan kulit.

Ubat Antihistamin seeloknya dibawa untuk membantu anda atau orang lain jika mereka terkena alahan di dalam kawasan yang tiada sumber bantuan lain.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.