Bekalan Air Di Dalam Hutan

Air, semua orang mengetahui kepentingannya dan pernah membaca bagaimana untuk mendapatkannya di dalam hutan sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup.

Tapi tak semua orang mengetahui secara lebih mendalam berkenaan teknik teknik yang dibaca mereka, artikel kali ini admin akan cuba mengupas secara lebih lanjut berkenaan teknik mencari bekalan air di dalam hutan.

Dalam keadaan ikhtiar hidup, badan manusia mampu bertahan selama 3-4 hari tanpa air, itu pun bergantung kepada kawasan di mana anda berada dan juga tahap kecerdasan dan kecergasan fizikal anda.

Air Embun:
Hutan hujan Malaysia merupakan kawasan alam sekitar yang lembap dan panas pada siang hari dan sejuk pada malam hari, ini bermakna embun akan lebih banyak terkumpul di dedaunan dan juga rumput.

air survival I

Salah satu teknik mudah mendapatkan air ialah dengan mengunakan pakaian atau kain (sebaiknya cotton) untuk memerangkap air embun yang terdapat pada tumbuhan di waktu pagi.

Video di bawah menerangkan dan menunjukkan teknik tersebut.

Apabila berada di dalam hutan, beg plastik merupakan salah satu barang pelbagai guna yang harus anda bawa. Beg plastik yang lutsinar (tidak bewarna) juga boleh digunakan untuk memerangkap air embun melalui teknik kondensasi.

air survival

Video di bawah, abang Ray Mears akan tunjuk cara cara mendapatkan air melalui teknik kondensasi ini, harus diingat untuk memastikan pokok yang digunakan adalah tidak beracun dengan memilih pokok yang dedaunnya tidak berkilat.

Teknik teknik ini hanya sesuai digunakan dikala kecemasan dan ikhtiar hidup dan mengambil masa lama untuk mendapatkan air. Ianya juga hanya sesuai digunakan jika anda akan kembali ke tempat yang sama untuk mengambil air yang telah terkumpul di kawasan kawasan yang telah anda tandakan.

Jangan lupa bawa beg plastik dalam kuantiti yang banyak untuk mengumpul lebih banyak air.

Air Dari Tiang Tumbuhan

air

Nasib kadang kala menyebelahi kita, kemungkinan ketika sesat di hutan dan tanpa adanya bekalan air kita mungkin ada menjumpai pokok pokok pisang liar. Pisang liar malang sekali tidak sesuai dimakan kerana ianya penuh berbiji besar dan bukan berbaka komersial yang sering kali dijadikan makanan.

pisang

beza baka pisang yang dikomersialkan dan pisang liar yang penuh berbiji

Namun tiang pokok pisang masih lagi merupakan sebuah tempat penyimpanan air yang bagus, mari kita lihat vide di bawah bagaimana untuk mendapatkan air dari tiang pisang.

Kalau tak jumpa pokok pisang, mungkin boleh terjumpa rumpun buluh2 yang besar. Di dalam tiang buluh juga terdapat air yang boleh diminum.

air2

Petua mencari air dalam batang buluh ialah dengan mengetuk ngetuk tiang dan mencari bunyi yang mampat, kemudiannya jika boleh digoyang goyangkan sedikit untuk mendengar kocakan air yang terkumpul di dalam batang buluh tersebut.

Petua atau teknik mencari air dari tumbuhan yang paling feymes (terkenal) banyak pernah dibaca dan dilihat tapi tak pernah dipraktikan (sebab jarang barada dalam keadaan ikhtiar hidup) ialah dengan mencari batang air (water vine).

Petua untuk memastikan yang air dari batang air ini selamat untuk diminum ialah dengan mengikis kulit luarannya dan melihat sama ada isi dalamannya bewarna merah atau putih, air yang keluar dari batang itu pula haruslah jernih, tidak bewarna dan tidak melekit seperti getah.

Airnya pula apabila dirasa tidak membuatkan mulut terasa panas, kerana itu tandanya air tersebut tidak sesuai diminum. Jikalau semua tanda tanda tersebut tiada, maka air tersebut selamat diminum.

Air dari periuk kera juga sebenarnya boleh diminum (tapi ianya kurang popular dikalangan ahli ikhtiar hidup) kerana air periuk kera juga merupakan cecair yang digunakan pokok periuk kera untuk menghadam haiwan atau serangga yang menjadi mangsanya.

air periuk kera

Namun begitu kebanyakkan spesis periuk kera yang sering dijumpai di hutan Malaysia selamat untuk diminum airnya cuma tak digalakkan minum dalam kuantiti yang banyak.

Video dibawah ini menunjukkan petua mencari air dalam buluh, dahan batang air dan juga dahan rotan.

Air Dari Alam
Air dari alam ni lebih mudah nak paham ialah air hujan la, dalam situasi ketiadaan air, hujan merupakan satu rahmat yang amat besar dari tuhan. Jadi apa lagi bukak fly dan tadah air hujan untuk buat masak dan minum!

Kesimpulan
Harus diingatkan yang petua dan teknik di atas harus diguna pakai jika anda berada dalam keadaan ikhtiar hidup tanpa air, petua tan tips ini tidak dapat membuahkan air yang banyak melainkan jikalau anda rajin mengumpulkan air dari tiang buluh, pepohon daun dan juga tiang pisang atau batang air, ia hanya cukup sekadar membasahkan tekak dan memberikan sedikit penghilang dahaga.

Tetapi lebih baik ada air yang sedikit dari tiada air langsung.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.