Fakta Dan Sejarah Tentang Swiss Army Knife

Swiss Army Knife atau dalam Bahasa Melayu-nya dipanggil Pisau Ketenteraan Swiss merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi di serata dunia, ia merupakan sejenis peralatan pelbagai-fungsi (multi-tool) yang sentiasa menjadi kegemaran dan juga peneman kepada peminat peminat outdoor.

Ia adalah satu peralatan yang harus ada pada setiap anggota tentera, seni buatannya unik menjadikan ia kegemaran ramai dan rekaanya badannya yang kecil memudahkan ia dibawa kemana mana saja. Bergantung kepada jenis-jenis yang berbeza, satu unit Swiss Army Knife mampu menempatkan lebih dari 3 peralatan dalam 1.

Gambar SAK

Pelbagai rekaan pisau lipat

Bermula Dari German:

Walaupun ia dipanggil Swiss Army Knife, sejarah peralatan ini sebenarnya bukanlah bermula dari Switzerland, tetapi ia direka dan diimport masuk dari Jerman.

Bermula pada tahun 1880-an sebelum kewujudan alat ini, angkatan tentera Switzerland pada waktu itu sedang mencari pereka untuk membuat pisau lipat yang mudah untuk digunakan anggotanya.

Pisau lipat ini syaratnya harus mempunyai fungsi pembuka makanan dalam tin dan juga fungsi pemutar skru untuk membuka pasang senjata yang diguna anggota tentera Swiss iaitu senapang M1889.

Swiss Rifle M1189

Senapang M1889

Pada waktu itu tiada satu pun kilang atau syarikat di Switzerland yang mampu menampung jumlah permintaan dan pembuatan pisau tersebut, dimana sebanyak 15,000 unit pisau lipat diperlukan untuk kegunaan anggota tentera negara tersebut.

Permintaan tersebut telah diambil dan direalisasikan oleh sebuah syarikat pembuat pisau dari daerah Solingen, Jerman iaitu Wester & Co.

Solingen Wester

Pisau pisau itu siap dan mula dihantar pada Oktober 1891 dan diberi nama “Modell 1890”. Pisau lipat tersebut mempunyai sebilah pisau, jarum penjahit kulit (reamer), pembuka makanan tin dan juga pemutar skru dengan pemegangnya diperbuat dari kayu oak gelap.

SAK Knife

Modell 1890

Mari lihat bagaimana pisau lipat ini dibuat:

Switzerland Mengambil Alih:

Pada tahun 1891 juga, Karl Elsener, seorang pemilik kilang pengeluaran alatan pembedahan di Switzerland mendapat tahu yang pisau lipat tersebut diperbuat dari Jerman, dan nekad mahu mengambil alih pembuatan dan pengeluaran pisau lipat tersebut di negaranya sendiri.

Elsener bertindak dengan mengeluarkan “Modell 1890” sendiri di kilangnya di Switzerland, walaupun pada ketika itu Wester & Co juga masih mengeluarkan pisau lipat model tersebut kepada anggota tentera Swizterland sendiri.

Elsener berpendapat yang rekaan pisau lipat tersebut masih boleh dinaik-tarafkan, maka pada tahun 1896, Elsener telah menambah rekaan spring besi terhadap pisau lipat tersebut yang membolehkan peralatan tersebut menempatkan lebih banyak fungsi dari biasa.

Pada tahun 1897 pisau lipat rekaannya ditambah pisau kedua yang lebih kecil, pembuka botol dan menampilkan pemegang kayu fiber yang secara dasarnya didaftarkan pelan rekaan-nya sebagai Pisau Pegawai (The Officer’s) dan Pisau Kesukanan (Sports Knife). Rekaan tambahan Elsener tersebut bukanlah sebahagian dari apa yang telah di kontrak-kan dari tentera Switzerland.

Victorinox:

Pada tahun 1909, Elsener telah memutuskan untuk menamakan syarikatnya “Victoria” iaitu nama ibunya sendiri sempena memperingati kematiannya. Bermula tahun 1921 pula syarikat tersebut mula mengunakan besi tahan karat (stainless steel) untuk pengeluaran pisau lipat tersebut. Besi tahan karat juga dipanggil sebagai “inox”, berasal dari sebutan Perancis yang diringkaskan iaitu “acier inoxydable”.

“Victoria” dan “inox” kemudiannya digabungkan untuk menjadi jenama “Victorinox”. Elsener telah berjaya mengawal pasaran dan jualan pisau lipat jenamanya hinggalah pada tahun 1893, apabila sebuah lagi syarikat dari Switzerland iaitu Paul Boechat & Cie, muncul mengeluarkan alatan yang sama.

Syarikat tersebut kemudiannya bertukar nama kepada Wenger Company setelah diambil alih oleh kepala syarikat yang baru iaitu Theodore Wenger.

Pada tahun 1908 kerajaan Switzerland memutuskan untuk membahagikan permintaan pisau lipat antara kedua dua syarikat Victorinox dan Wenger Company, dalam usahanya untuk mewujudkan persaingan dalam pasaran dan kemungkinan penurunan harga dari persaingan tersebut.

Persaingan antara dua syarikat ini berterusan dari 1908 hinggalah pada 26 April 2005, apabila syarikat Victorinox telah membeli syarikat Wenger, sekaligus menamatkan persaingan dalam pasaran dan menjadi satu satunya pengeluar pisau lipat pelbagai fungsi untuk angkatan tentera Switzerland.

Nama Swiss Army Knife:

Panggilan Swiss Army Knife sebenarnya diberikan oleh angkatan tentera Amerika selepas perang dunia ke 2 kerana kesukaran dalam menyebut nama Jerman pisau lipat tersebut iaitu “Offiziersmesser”.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.