Fakta Tali Paracord

Paracord merupakan sejenis tali yang sering disebut sebut di dalam dunia outdoor. Ianya terkenal dengan sifatnya yang teguh, dan boleh digunakan untuk pelbagai situasi.

Tapi berapa ramai orang yang pernah betul betul menggunakan tali paracord di saat memerlukan?

Paracord merupakan suatu evolusi kepada bentuk tali yang kita ketahui.

Berkenaan Tali:

Tali telah digunakan manusia sejak dari 28,000 tahun dahulu.

pendaki lama

Apabila digabung dengan alatan memotong, tali dapat memberikan manusia kelebihan untuk menerokai dunia, menghubungkan manusia dengan permandangan pergunungan tinggi, membantu dalam melalui lautan luas bergelora dan menikmati keindahan alam hutan semulajadi.

kapal

Tali juga membantu manusia untuk melawan daya graviti dan ruang, pembinaan jambatan yang kukuh, tangga, buaian, alatan tuas untuk mengangkat dan tali memanjat.

jambatantangga

Ia boleh disulam untuk membuat sesuatu yang baru seperti beg, kasut dan pakaian. Boleh diguna untuk mencari makanan dengan membuat jaring, perangkap dan banyak lagi.

Semakin kreativiti manusia mula berkembang, tali juga mula digunakan untuk membuat barang perhiasan dan kraftangan.

Tali sentiasa mengikut kemajuan manusia dan ianya menjadi satu alat yang penting untuk sentiasa dibawa bersama ketika melakukan aktiviti hutan.

Bahan Binaan Paracord

Paracord merupakan tali yang diperbuat dari Nylon, dan bahan Nylon pula telah direka oleh Wallace Caruthers pada tahun 1935 di DuPont.

Nylon merupakan suatu bahan yang teguh, ianya thermoplastic iaitu bersifat lembut apabila dipanaskan dan menjadi keras apabila disejukkan.

Rekacipta bahan Nylon ini telah mengambil alih keperluan sutera sewaktu perang dunia ke-2, dan digunakan dalam banyak alatan tentera seperti payung terjun.

Ia juga mengantikan sutera di dalam pembuatan tayar, baju, tali, karpet, tali pinggang, kemah, poncho dan kebanyakkan bahan keras yang dahulunya memerlukan besi seperti skru dan juga gandar.

Bahan Nylon ini banyak digunakan kerana ianya mampu bertahan dari serangan kulat, reput, lembap dan serangga.

bow drill

Sejarah Paracord

Paracord merupakan sebuah rekaan tali yang telah dibuat oleh Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat untuk kegunaan tentera mereka di medan perang.

Tali paracord pertama kali digunakan untuk kegunaan payung terjun semasa perang dunia ke 2 oleh Infantri Udara Amerika Syarikat, kemasukan melalui udara membolehkan mereka masuk ke kawasan yang tidak dapat diakses dengan kenderaan.

Pasukan payung terjun Amerika apabila selamat mendarat telah mendapati yang tali paracord tersebut amat berguna dalam pelbagai cara dan telah meningkatkan kepopulariti tali paracord tersebut.

Sejak perang dunia ke 2, ia mula mengantikan benang asli (seperti kekabu contohnya) dan disebabkan kerana kekuatan dan ketahanannya telah membuatkan ia digunakan secara meluas di semua bahagian Pertahanan Amerika Syarikat dan juga NASA.

Tali Paracord diisi dengan 7 helai sulaman Nylon yang setiap darinya merangkumi 2-3 helai benang. Bahagian luarnya pula dilindungi dengan bungkusan sulaman yang mempunyai daya ketahanan tinggi.

Setiap satu tali paracord mampu bertahan daya tekanan sehingga 550 pounds (220+ kilogram). Ia mampu bertahan ancaman alam sekitar lebih baik berbanding bahan bahan lain, walaupun tidak sekuat sutera dan juga besi, paracord boleh membuat apa yang benang asli tidak.

Ia boleh dipotong, digabung, dibentuk, diperkuat dengan ikatan dan dibuat secara besar besaran. Kini kita dapat membeli tali paracord pada harga murah untuk kegunaan harian dan ianya juga dipasarkan untuk orang awam dan bukan sahaja untuk kegunaan tentera.

Bukan Sekadar Untuk Diikat

sembang

Setiap helai benang nylon yang terdapat di dalam tali paracord membawa pelbagai guna, sebagai contohnya untuk dijadikan benang untuk menjahit alatan seperti beg, seluar dan juga kasut jika terkoyak.

benang jahit

Benang di dalam tali paracord juga boleh diguna untuk membuat tali perangkap, jaring (memerlukan kerajinan tinggi) dan juga tali pancing.

pancingperangkapjaringuses paracord spear

Inilah sebab sebabnya yang menjadikan tali paracord amat digemari kepada semua penggiat aktiviti outdoor dan alam.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.