Gunung Yang Mudah Didaki

Ramai hikers bermula dengan kawasan rekreasi yang mudah untuk dilawati dan juga didaki. Ada yang bermula dengan bukit, ada juga yang bermula terus dengan mendaki gunung.

Semuanya bermula dengan saranan dan ikutan kawan kawan yang sudah biasa melakukan aktiviti tersebut.

Ada kes dimana orang yang biasa mendaki tempat yang bernama bukit, tidak berani untuk mendaki gunung pertama kerana takutkan jumlah ketinggian yang berbeza antara gunung dengan bukit.

Kebanyakkannya membayangkan yang struktur rupa bentuk bumi yang ekstrem dan ada juga yang tidak sanggup untuk bermalam di dalam hutan kerana tiada pengalaman dan juga kelengkapan yang cukup.

Jangan khuatir kerana di Malaysia ada banyak kawasan pendakian yang sebenarnya mudah untuk didaki dan tidak perlu untuk bermalam, hanya jarak dan ketinggian saja menjadi perbezaannya.

kentut

Trip Daypack
Kali ini kita akan membincangkan berkenaan senarai gunung atau tempat yang mudah untuk didaki (mengambil masa kurang sehari dan tidak perlu bermalam) untuk pendaki baru. Ia sering dipanggil sebagai trip Daypack.

Trip Daypack mendapat nama kerana ianya boleh diselesaikan dalam masa kurang sehari dan peserta juga tidak perlu menggunakan beg yang besar (hanya menggunakan beg biasa berkapasiti 10 – 30 liter).

Disebabkan tempoh masa yang diambil adalah kurang dari 12 jam, trip seperti ini tidak memerlukan peserta untuk membawa alatan yang banyak untuk bermalam seperti kemah, dapur, tali dan sebagainya.

Kebaikan Trip Daypack
Trip Daypack sering menjadi pilihan ramai penggiat aktiviti outdoor yang kekurangan masa namun masih ingin menikmati keindahan alam dan beriadah pada masa yang terhad.

Ianya juga mudah untuk disertai dan tidak memerlukan barangan yang banyak untuk dibawa.

Kawasan Daypack Yang Terkenal
Senarai di bawah merupakan tempat yang dikenal pasti sebagai kawasan Daypack (yang agak terkenal) untuk negeri negeri yang disenaraikan. Admin harap takde orang yang suggest untuk masukkan gunung yang ambil masa lebih 24 jam untuk diselesaikan (masuk dan perlu bermalam).

Sesetengah kawasan yang disenaraikan dibawah memerlukan permit dan juga guide sebelum peserta membuat lawatan, jadi sila buat ulangkaji terlebih dahulu sebelum pergi.

permit

Pahang Darul Makmur

  • Gunung Irau (Tinggi 2110 meter)
  • Gunung Siku (1916m)
  • Gunung Berembun (1840 meter)
  • Gunung Jasar (1696 meters)
  • Gunung Ruil (1719 metres)
  • Gunung Brinchang (2000 meter)
  • Gunung Swetenham (1961 meter)
  • Gunung Ulu semangkok (1394 meters)
  • Gunung Bunga Buah (GBB) (1,430 meter)

Johor Darul Tak’zim

  • Gunung Ledang (1276 meter)
  • Gunung Belumut (1010 meter)
  • Gunung Panti (481 meter)
  • Gunung Muntahak (634 meter)

Negeri Sembilan

  • Gunung Datuk (885 meter)
  • Gunung Angsi (825 meter)
  • Gunung Besar Hantu (1,461 meter)
  • Gunung Jono (852 meter)
  • Gunung Berembun N9 (1014 meter)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor Darul Ehsan

  • Bukit Nanas
  • Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Canopy Walk
  • Bukit Broga (400 meter)
  • Bukit Gasing (160 meter)
  • Bukit Tabur (500 meter)
  • Taman Rimba Ampang
  • Sungai Chilling KKB
  • Gunung Nuang (1493 meter)

Kedah Darul Aman

  • Gunung Pulai (600 meter)
  • Gunung Baling (546 meter)
  • Gunung Jerai (1175 meter)
  • Gunung Keriang (217 meter)

Melaka

  • Bukit Beruang (120 meter)
  • Bukit Batu Lebah (500 meter)

Terengganu Darul Iman

  • Bukit Keluang (141 meter)

Pulau Pinang

  • Bukit Bendera (833 meter)
  • Taman Rimba (Bukit Laksamana) (805 meter)
  • Bukit Batu Itam, Taman Negara Pulau Pinang (460 meter)

Perlis

  • Bukit Cenderawasih
  • Wang Gunung (500 meter)
  • Bukit Laka/Bukit botak (325 meter)
  • Bukit Keteri

Jadi sesiapa yang berada di negeri negeri yang tersenarai ini bolehlah melawat kawasan kawasan hiking mudah tersebut. Namun harus diingat juga bahaya bahaya yang menunggu jikalau anda terlalu memandang rendah dengan tempat ini. Mari kita bincangkan tentang kesilapan peserta yang mengikuti trip daypack.

Kesilapan Peserta Dalam Trip Daypack
Kebanyakkan peserta baru menyertai trip daypack tanpa membawa barang barang penting. Walaupun trip daypack itu mudah (dan kedengaran mudah) ianya juga mempunyai risiko yang sama dengan gunung gunung lain.

Faktor sesat, makanan dan minuman yang tidak mencukupi, terhalang kerana hujan, pokok tumbang dan kurang stamina menjadi risiko yang boleh mengundang kecelakaan kepada peserta.

Sesetengah tempat seperti Bukit Tabur dan Gunung Pulai yang mempunyai rupa bentuk bumi yang mencabar juga boleh mengundang maut jika pergi tanpa pengawasan guide.

tabur 2tabur

Harus juga diingati yang pada pendaki berpengalaman punya trip Daypack tak sama dengan yang pendaki baru. Pendaki lama selalunya akan buat Daypack yang lebih mencabar, kadang kala memakan masa lebih 12 jam dan mencecah 24 jam, trip sebegini tak sesuai untuk pendaki baru kerana ia memerlukan ketangkasan dan stamina yang banyak untuk terus bergerak tak kira petang atau malam.

Jikalau anda ingin mencuba kekuatan diri boleh untuk sertai trip Daypack yang lebih mencabar tetapi sentiasalah ingat untuk membawa barang survival seperti pisau dan juga makanan yang lebih untuk persediaan jikalau terjadi apa apa di tengah perjalanan.

Admin harap artikel ini dapat menaikkan semangat pendaki baru atau lama untuk melawati kawasan kawasan yang tertera di atas. Kalau anda ada lagi kawasan trip Daypack yang sesuai untuk disertakan sila berikan di ruangan komen di bawah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.