Jenis Jenis Trip Ekspidisi

Trip ekspidisi masuk ke kawasan eko pelancongan hutan dan gunung kini telah banyak dijadualkan di laman media sosial untuk sesiapa saja yang ingin menyertainya.

Ianya membuka peluang kepada mereka yang ingin merasai sendiri perasaan menjadi petualangan hutan (adventurer) dan banyak menyumbang kepada peningkatan generasi sihat pada ketika ini.

Trip ekspidisi ini bukan sahaja untuk kegiatan di dalam negara, malahan untuk luar negara juga ada disediakan.

Mari kita fahami jenis jenis trip yang wujud pada ketika ini.

Trip Tersusun
Trip Tersusun ialah trip yang dikelola oleh suatu kumpulan atau individu, lebih dikenali sebagai Open Trip (trip dengan penyertaan terbuka kepada semua) ianya memerlukan kepakaran dan pengalaman pengelola untuk menetapkan susunan aktiviti trip (selalunya dipanggil tentatif atau jadual trip).

Pengelola (kumpulan atau individu) yang bertanggungjawab akan menyusun jadual dan menetapkan kawasan berkumpul, jenis makanan yang akan dibawa, pembahagian alatan, crew, kenderaan dan juga permit memasuki kawasan trip tersusun yang telah diiklankan.

contoh event

contoh trip yang didapati di bahagian Event di Facebook

Trip sebegini selalunya memakan masa dari 2-9 hari, bergantung kepada jenis kawasan dan trip yang dibuat.

Trip tersusun kini lebih mudah untuk disertai selepas kemunculan media sosial, banyak aktiviti trip tersusun telah dijadualkan sepanjang tahun oleh pelbagai kumpulan penggiat aktiviti outdoor dan juga individu.

cantik

Anda boleh memilih tarikh yang bersesuaian dengan masa anda untuk melawat kawasan kawasan yang diiklankan oleh kumpulan tersebut.

Trip Tersusun meliputi semua jenis hutan dan gunung ganang yang digazetkan sebagai kawasan lawatan di dalam dan luar Malaysia.

Ini bermakna kawasan yang dilawati bukanlah kawasan yang pertama kali diterokai manusia, malah kawasan laluannya (trek atau denai) adalah luas, telah bertanda dan kawasan perkemahannya telah ditetapkan.

penat

Permit masuk ke kawasan lawatan terbabit juga menunjukkan yang hutan tersebut memang sesuai dan dibuka untuk lawatan.

Kebanyakkan daripada kawasan lawatan tersebut memerlukan peserta untuk mengupah Guide dari kumpulan Renjer Hutan atau orang asli untuk meneroka kawasan lawatan tersebut untuk mengelakkan dari terjadi perkara perkara yang tidak diingini.

Keselamatan peserta amatlah diambil berat di dalam trip tersusun, jadi peratus untuk kejadian buruk amatlah kurang.

Trip Kawan Kawan
Trip kawan kawan pula ialah trip yang dirancang beberapa individu hingga menjadi kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti di dalam hutan.

Trip sebegini selalunya memerlukan kepakaran dan pengalaman individu untuk membawa masuk kenalan ke kawasan aktiviti yang ingin dilawati.

Selalunya trip kawan kawan akan hanya memasuki kawasan yang sedia diketahui ramai pengunjung (Gunung Nuang atau Datuk contohnya) dan tidak lebih dari 2 hari.

Trip sebegini bersifat pendek dan mudah, peserta tidak perlu membawa barang barangan yang banyak serta tidak menggunakan permit dan guide.

Namun begitu ada juga individu yang mengelola trip sebegini dengan kawan kawannya untuk masuk ke kawasan hutan dalam dan jarang diterokai, sekaligus meletakkan nyawa masing masing dalam risiko.

kau kata

Trip Tertutup
Trip tertutup sama dengan trip tersusun cuma ianya bukan terbuka untuk semua (obviously).

Aktiviti trip tertutup seringkali dibuat oleh syarikat untuk penyertaan pekerjanya (sebagai contohnya untuk team building, aktiviti amal konservasi haiwan liar, aktiviti amal konservasi hutan dan pembaikan).

kawan lu

Kumpulan kumpulan kecil juga banyak membuat aktiviti trip tertutup (seperti contoh kumpulan pacuan empat roda 4WD dan juga kumpulan peminat aktiviti memancing).

Trip tertutup merangkumi lebih banyak kawasan hutan dan adakalanya trip ini juga akan meneroka kawasan hutan yang baru untuk membuka laluan jalan (lebih dikenali sebagai rentis), ada juga trip tertutup dibuat oleh pihak universiti untuk membuat kajian spesis tumbuhan liar dan juga haiwan.

sangkut

Trip tertutup memerlukan perancangan yang lebih rapi dan teratur serta mendapatkan seberapa banyak bantuan dan dana yang boleh untuk mejayakan trip tersebut.

Trip tertutup seringkali dikatakan lebih bersifat “adventure” dari trip2 tersusun dan biasa.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.