Kepentingan Wisel

Hutan, tempat yang selalu dikatakan sunyi dan mampu membawa bunyi walaupun dari jarak jauh ke pendengaran anda. Namun sejauh manakah ketepatan fakta tersebut apabila anda berada dalam saat memerlukan pengetahuan kemandirian diri?

Bunyi ialah gelombang hasilan dari getaran molekul udara yang mampu bergerak melalui pelbagai cara, termasuk udara, besi, batu, kayu dan air.

Namun begitu bunyi juga mampu diserap dari kekuatan sebenarnya menjadi perlahan dan berubah arah (melalui pantulan dan gema) serta keberkesanannya bergerak bergantung mengikut rupa bentuk sesuatu kawasan.

Sebagai contoh, di kawasan tanaman yang rata dan landai (contoh mudah ladang getah), kita masih mampu mendengar bunyi perbualan biasa antara dua pihak dari sejauh 20 meter.

BISING

Panggilan dan jeritan juga lebih mudah didengari di kawasan rata kerana rupa bentuk bumi yang tidak mempunyai banyak halangan besar, memudahkan bunyi tersebar bergerak dari satu punca ke keseluruhan kawasan.

Namun apabila kita berada di dalam hutan yang tebal dengan rupa bentuk bumi yang berbeza, pergerakkan bunyi juga terbatas atau lebih banyak terserap dan tidak mampu bergerak jauh.

Sebagai contoh semasa terpisah dari kumpulan besar, peserta aktiviti alam akan selalu memekik dengan kuat ke arah hadapan untuk mengetahui sejauh mana kumpulan hadapan berada.

Bergantung kepada keadaan rupa bentuk bumi, kumpulan hadapan mungkin atau mungkin tidak dapat mendengar pekikan tersebut. Adakalanya sesetengah mendengar, tetapi tidak mengendahkan pekikan tersebut atas sebab tersendiri (malas nak layan, penat, takut atas dasar perkara supernatural).

Hutan juga mempunyai pelbagai bunyi bunyian lain yang menjadi salah satu faktor dari keberkesanan bunyi pekikan atau panggilan menjadi kurang.

monyet

Saya pon suka buat bunyi wooot wooot jugak

Sebagai contoh, jika anda berada berdekatan dengan laluan sungai, bunyi sungai tersebut akan membuatkan anda tidak dapat mendengar pekikan dari jauh.

Ini adalah antara satu sebab mengapa orang yang sesat dihutan sukar mendapatkan bantuan dan dinasihatkan untuk tidak berada berdekatan kawasan sungai (hanya ambil air untuk hidup dan kembali jauh dari kawasan air).

nyesal

Bunyi bunyian kehidupan rimba yang lain seperti angin, cengkerik, spesis monyet dan burung juga kadangkala menenggelamkan bunyi pekikan yang dihasilkan. Tidak hairanlah jika panggilan orang yang sesat di dalam hutan tidak dapat didengari oleh orang lain. Kadangkala ada juga monyet atau haiwan yang berbunyi seperti panggilan manusia.

Kekuatan suara dan pekikan yang dihasilkan dari mulut juga berbeza untuk setiap individu. Untuk keadaan yang tertekan seperti ini, wisel memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan tahap bunyi yang dihasilkan.

Satu Wisel apabila dituiup, menghasilkan bunyi yang menarik perhatian, ia mampu menghasilkan bunyi getaran nyaring yang amat tinggi (bergantung kepada jenis dan rekaan).

Sebagai contoh, wisel yang digunakan oleh pengadil bola mampu mengeluarkan bunyi setinggi 127.3 db (descibel – pengukur tahap kekuatan bunyi)

carta_desibel

Wisel juga membantu untuk anda menyimpan tenaga lebih baik dari menjerit. Jeritan menggunakan banyak tenaga badan, otot, udara dan tekanan serta perasaan. Semakin lama menjerit, tenaga badan juga semakin berkurangan, manakala wisel hanya memerlukan tekanan tenaga dari tiupan.

Bunyi wisel yang nyaring dan kuat mampu bergerak dan tersebar lebih baik dari jeritan manusia, bunyi wisel juga mampu memisahkan dan membezakan panggilan anda dari panggilan haiwan yang lain di dalam hutan.

Walaupun tidak nampak seperti suatu alatan yang penting. Wisel mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda jika di dalam bahaya, jika bukan nyawa anda ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain (mangsa sesat) jikalau anda merupakan group pencari dan menyelamat.

Ianya juga ringan dan tidak memakan ruang, dapatkan nya sekarang!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.