Lebih Dahsyat Dari Nyamuk

Kalau di bandar, nyamuk merupakan serangga penghisap darah yang utama, malah ianya wujud di kebanyakkan kawasan hutan dan juga paya. Walaupun ianya berada di kebanyakkan tempat, nyamuk mudah untuk dihalau. Kita hanya perlu menggunakan losyen anti-nyamuk, lingkaran ubat nyamuk dan juga semburan racun serangga. Namun… tahukah anda wujudnya sejenis serangga seakan akan nyamuk yang lebih dahsyat dari nyamuk sendiri?

Untuk mereka yang tidak pernah melihatnya pasti akan tertanya tanya, apa yang lebih dahsyat dari nyamuk?

Well Let Me Tell You The Story:

Agas Ori

Agas, dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai Gnat, merupakan sejenis serangga penghisap darah yang tinggal jauh di dalam hutan (sebagai contoh: Kem Sungai Y dan Kem Agas, on the way to Yong Yap… ngeri beb).

Kem Agas

Agas bersaiz kecil (besar sikit dari seketul garam kasar), bergerak dalam kumpulan kelompok yang besar dengan jumlah yang banyak, dan menyerang tak kira waktu. Kalau nyamuk, ia akan ada pola waktu serangan, iaitu lebih aktif dan banyak pada waktu pagi dan petang, sementara waktu waktu lainnya hanya pada kadar rendah.

Agas dikatakan kurang aktif pada waktu malam, tetapi apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan pendaki gunung, agas seakan akan tidak mempunyai waktu pola serangan dan aktif setiap waktu, siang dan malam… juga tengah malam sampai esok pagi, bak kata go-go “Agas tak ada punch card beb.”

Lagi Tekanan Dari Nyamuk:

Agas terbang perlahan dan lebih mudah untuk ditampar dari nyamuk, namun ia memberikan kesan gigitan yang lebih perit – ini kerana Agas tidak mengunakan belalai jarum penyedut seperti nyamuk.

Apabila menghinggap ke badan mangsanya, bahagian mulut Agas akan terus “mengunting” lapisan kulit, ia kemudiannya mengeluarkan air liurnya ke atas luka tersebut dan juga pencair darah (anticoagulant – seperti pacat) untuk membuatkan darah mengalir tanpa sekatan dan menyedut sepantas mungkin untuk mendapatkan darah.

Agas Vs NyamMulut Agas

Apa yang menambah duka, selepas Agas selesai menghisap darah mangsanya, kawasan gigitan tersebut akan menjadi panas dan gatal. “Panas dia lain macam bai!” Bak kata sorang peserta ke YYBTN yang terjaga malam selepas nyenyak tidur, malam tu semua orang tak boleh tidur. Hahaha.

Taklut Dengan Ubat Nyamuk:

Adakah anda tahu yang ubat nyamuk tak berkesan terhadap Agas? Lebih lebih lagi Agas yang sedang kelaparan. Lingkaran ubat nyamuk yang biasa digunakan untuk menghalau nyamuk tidak berkesan sama sekali kepada Agas, asap yang bertiup hanyalah bagaikan angin kepadanya, Agas tidak akan menyerah hanya dengan asap biasa. “Agas sini gangster btol.” kata sorang lagi peserta.

Begitu juga dengan penggunaan losyen anti-nyamuk atau juga pelekat anti nyamuk. Agas tidak akan sama sekali menyerah kalah dan akan terus menyerang selepas 15-20 minit losyen disapukan atau pelekat dipasang.

Lagi Jahat Dari Nyamuk:

Agas bergerak dengan mengesan haba dan juga nafas karbon dioksida yang dilepaskan yang dikeluarkan badan manusia, manusia yang telah digigitnya pula bagaikan menjadi tanda setelah kesan gigitannya pula menjadi panas.

Agas amat suka masuk ke celah celah lipatan baju seperti kaki seluar, lengan dan juga tengkuk, tempat feveret Agas? Di bahagian mata. “Celah mata pon dia masukk!” Jerit sorang peserta, stress sebab tak ada buff untuk menjadi penutup muka.

Celah Mata Bai

Oh ya, Agas tak boleh gigit menembusi kain macam nyamuk, so selimut, selendang, buff memang akan menjadi perisai kepada serangga ini.

Lingkaran Hidup Agas:

Hanya spesis betina yang menghisap darah, manakala spesis jantan pula hanya makan madu bunga dan pokok. Spesis betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur sebanyak 150 ke 600 biji sepanjang jangka hayatnya.

gnats flying bebeh

Agas betina selepas mengawan akan bertelur di dalam air dan juga di atas tanah basah. Larva Agas selepas bertelur akan melekat di batu batuan di dalam sungai (under water) dan akan melalui proses pembesaran selama 3 – 14 hari sebelum ianya bertukar menjadi kepompong selama beberapa minggu.

Ia kemudiannya terus mampu terbang, mencari darah dan mengawan pada waktu singkat.

Macam mana nak lawan Agas ni?

Nak memusnahkan Agas memang suatu perkara mustahil kerana kadar populasinya yang banyak, satu cara untuk mengurangkan serangan agas ialah dengan membuat unggun api. Kalau teruk sangat, cabut fly, tukar kem site.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.