Mencari Kiblat Di Dalam Hutan

Untuk umat Islam, aktiviti alam seperti mendaki gunung dan masuk hutan untuk tujuan tujuan seperti beriadah, memancing atau berburu secara tidak langsung merupakan suatu daripada cara mendekatkan diri dengan tuhan.

Aktiviti alam memberikan ketenangan dan memboleh manusia untuk berfikir secara lebih mendalam. Muhasabah diri dan doa dari dalam hati menjadi kuat ketika di dalam hutan, apetah lagi bila tengah penat memanjat gunung.

Rata rata kebanyakkan peserta Islam yang menyertai aktiviti alam yang admin jumpa tidak meninggalkan solat walaupun di dalam hutan tebal. Malah masaalah seperti kawasan air yang jauh tidak menjadi masaalah kepada peserta Islam untuk menunaikan ibadah mereka.

Namun satu masaalah yang sering dialami oleh peserta tersebut ialah pencarian arah Kiblat untuk melakukan solat. Ramai juga orang sering membuat kesilapan apabila mencari arah kiblat walaupun berpandukan kompas.

Kompas Sebagai Panduan

badan kompas

Mari kita bincangkan bagaimana untuk menggunakan kompas mencari arah kiblat di Malaysia. Kompas ialah alatan yang mempunyai jarum penunjuk arah ber-magnet yang sentiasa menunjukkan arah Utara Magnet (Magnetic North – Utara sebenar atau True North pula lain bacaannya). Ianya telah digunakan sejak beribu ribu tahun untuk kegunaan mencari arah, tak kira di darat mahupun di lautan. Untuk tujuan mencari Kiblat kita akan hanya menggunakan Kompas biasa.

Apa itu Kiblat?
Orang bukan Islam mungkin akan sering bertanyakan soalan ini kepada perserta Islam untuk memahami kenapa mereka perlu mencari dan menetapkan arah Kiblat yang betul sebelum menunaikan ibadah. Kiblat adalah petunjuk arah menuju ke kaabah, iaitu wajah dan badan perlu berpaling ke arah tersebut untuk menunaikan solat secara khususnya.

Di dalam Al-quran telah tertulis sebanyak 4 kali berkenaan kiblat dan kaabah ini di dalam surah Al-Baqarah.

******************************

1. ~QS. Al-Baqarah [2]:142~

سَيَقُولُ السُّفَهَآءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّٮٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Maksudnya: Orang-orang yang kurang akalnya[1] diantara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus[2]”.

Penjelasan:
[1] Maksudnya: ialah orang-orang yang kurang pikirannya sehingga tidak dapat memahami maksud pemindahan kiblat.
[2] Di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berada di Mekah di tengah-tengah kaum musyirikin beliau berkiblat ke Baitul Maqdis. tetapi setelah 16 atau 17 bulan Nabi berada di Madinah ditengah-tengah orang Yahudi dan Nasrani beliau disuruh oleh Tuhan untuk mengambil ka`bah menjadi kiblat, terutama sekali untuk memberi pengertian bahwa dalam ibadat shalat itu bukanlah arah Baitul Maqdis dan ka`bah itu menjadi tujuan, tetapi menghadapkan diri kepada tuhan. untuk persatuan umat Islam, Allah menjadikan ka`bah sebagai kiblat.

******************************

ancient_arab

2. ~QS. Al-Baqarah [2]:143~

وَكَذٰلِكَ جَعَلْنٰكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِى كُنتَ عَلَيْهَآ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمٰنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan[3] agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.

Penjelasan:
[3] Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

******************************

. ~QS. Al-Baqarah [2]:144~

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى السَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَٮٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا۟ الْكِتٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit[4], maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

******************************

4. ~QS. Al-Baqarah [2]:145~

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا۟ الْكِتٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍ مَّا تَبِعُوا۟ قِبْلَتَكَ ۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمِينَ

Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.

Jadi jelaslah disini bertapa pentingnya untuk umat Islam cuba sebaik mungkin mencari arah Kiblat ini sebelum menunaikan ibadah di dalam kawasan hutan.

******************************

Apakah Bacaan Arah Darjah Kaabah Di Malaysia?

Oleh kerana rupa bentuk bumi yang sfera, bacaan darjah arah utara Kiblat juga berubah ikut kawasan sebagai contoh :

  1. Kangar 291° 2′ 45″
  2. Gunung Jerai 291° 10′ 23″
  3. Kuala Kangsar 291° 50′ 6″
  4. Cameron Highland 291° 55′ 59″
  5. Kuala Lumpur 292° 31′ 16″
  6. Melaka 292° 50′ 49″
  7. Johor Bahru 292° 54′ 30″

Di sini kita boleh nampak yang purata darjah kiblat dari utara ke selatan malaysia adalah 291° – 293°, dan 1°-2° tidak memberikan perbezaan yang ketara.

Cara Mencari Kiblat Menggunakan Kompas

Mari kita mengenali struktur yang terdapat pada sebuah kompas magnetik.

badan kompas

1. Dalam gambar di bawah kita ada sebuah kompas, pertama sekali ialah memutarkan tetapan darjah kepada 292° ke arah bacaan.

IMG_5982

2. Betulkan badan kompas mengikut panduan jarum di tengah tengah kompas untuk mendapatkan sudut dan arah utara.

IMG_5983

3. Apabila badan kompas telah dibetulkan, dan jarum magnetik betul betul masuk di dalam panduannya, anda kini mendapat arah utara dan juga arah kiblat yang betul

IMG_5984

Secara ringkasnya apabila berdiri, badan dan wajah anda patut berada di kedudukan kiblat, dan bukan utara.
secara ringkas

Ramai orang membuat kesilapan mengikut jarum kompas dan melakukan solat ke arah utara, ini adalah salah dan patut ditegur cara baik untuk orang yang tidak memahami cara pencarian arah kiblat ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.