Misteri Peneman Di Kem Bina Diri

Firdaus (bukan nama sebenar) telah mengikuti aktiviti ke kem bina diri bertempat di sebuah kawasan rekreasi di Pulau Pinang bersama 28 orang pelajar lain anjuran sekolahnya. Cerita dibawah ialah pengalaman misteri beliau ketika berada di sana.

Cerita ni bermula pada pertengahan tahun 2011, dan aku masa tu tingkatan 3. Entah macam mana nama aku boleh terpilih untuk menyertai kem bina diri anjuran sekolah ni. Orang cakap geng2 jahat ja yang terpilih untuk masuk kem ni, awalnya ada 35 orang yang kena pergi, tapi 7 orang awal awal lagi dah tolak dengan berbagai2 alasan.

Aku ambil keputusan untuk ikut serta memandangkan nama kawan rapat aku, Che Mat pun tersenarai, lagipun pengetua dah keluarkan statement kalau nama nama yang dipilih tak hadir akan dikenakan demerit pulak. Malas nak pening2, lepas balik rumah ja terus aku mintak sign mak ayah untuk kelulusan aktiviti luar sekolah.

Che Mat ni dah berkawan ngan aku sejak dari tingkatan 1 lagi, belajar hisap rokok sama sama, main sepak takraw sama sama, time exam toyol pon sama. Kira memang best buddy la, time tingkatan 3 ni kelas dah tak sama, tapi kami still bekawan rapat lagi.

Kalau bukan pasal dia punya nama tersenarai sekali untuk pergi kem bina diri ni, aku mesti tak pergi jugak, demerit kena atau tak, aku tak hairan benda tu semua.

Kem bina diri ni dibuat selama 3 hari, bermula pada hari Jumaat kami semua akan bertolak ke kem bina diri lepas selesai solat Jumaat, dan akan tinggal di sana sampai ke Ahad petang. Perjalanan ke kem bina diri pun bermula lepas semua pelajar dah siap berkumpul dan lapor diri dengan beg baju masing masing.

Lepas buat kira kira peserta akhirnya kami bertolak pada pukul 4 petang, perjalanan singkat sebab kami sampai ke tempat kem dalam pukul 5 lebih. Awal awal lagi dah kena briefing dengan cikgu Deris pasal larangan merokok, semua kotak rokok yang dijumpai dalam beg kena sita time tu, cikgu Deris adalah cikgu disiplin kami yang turut serta ke kem bina diri ni selaku penjaga.

Masa dia breifing tu, kami semua tak dapat menumpukan perhatian sangat sebab ramai yang tekanan rokok dah kena rampas, tapi perhatian kami selepas tu mula tertarik ke arah dewan makan, sebab terbau-kan ayam goreng berempah yang tengah dimasak untuk santapan kami sebelum maghrib.

Nampak krew2 kem tgh mula susun pinggan, cawan, letak 3 tray buffet penuh kuah dan lauk paceri, ada ikan masin ranggup, ada telur bawang, tambah pulak ayam goreng berempah tu perghhhh… Terangkat beb bau dia, tak sabar nak makan dah ni berlapar dari tengahhari. Selesai briefing kami diarah untuk solat Asar dulu, kemudiannya memasang kemah sendiri sebelum dipanggil makan.

Masa tu disebabkan nak makan semua set rekod dunia kemah siapa paling cepat dipasang, akhirnya semua dibenarkan makan pada pukul 6:30 petang.

Memang sedap arghh ayam goreng tu, kenangan sepanjang zaman. Aku ngan Che Mat tambah nasi 2 kali sebab tak tahan sedap. Aku tengok ayam tu banyak lagi lepas kami semua dah habis makan, mungkin untuk malam ni ataupon esok pagi, aku simpan niat dalam hati malam nanti nak kembali ke dewan makan untuk datang ratah ayam.

Malam pertama di kem bina diri ni aktiviti tak banyak, aktivit pertama kena dengar ceramah selepas maghrib, lepas tu solat isyak dan aktiviti bebas dan dibenarkan tidur awal untuk menyimpan tenaga, hari sabtu esoknya baru macam macam aktiviti.

Pukul 9:30 malam tu hujan turun renyai2 dan kebanyakkan peserta kem ambil keputusan layan tidor awal, Che Mat dah baring sambil game kat main henset Samsung Galaxy S2 dia. Aku pulak masih terbayang bayang kan ayam goreng tadi, “Time time hujan ni kalau dapat makan sikit sebelum tidur pon bagus jugak”.

Nak dijadikan cerita aku ajak Che Mat ikut aku gi toilet sebab terasa nak membuang, sambil tu boleh curi curi hisap rokok. Aku diam diam tak bagitau orang yang aku berjaya selamatkan sekotak rokok sebab dah sorok di seluar dalam masa cikgu Deris buat spot check.

Che Mat awal awalnya malas dan cakap penat tapi dah lepas aku cakap aku belanja dia rokok dia akur untuk ikut jugak. Time tu rokok kena sorok dan catu sebab kalau tidak nanti kena rampas balik, dah macam dalam penjara dah. Aku nyalakan sebatang rokok, janji untuk share dengan Che Mat dan akan bakar yang baru bila dah habis.

Hujan macam dah berenti sikit, so keadaan cantik untuk ke toilet. Perjalanan dari kemah kami ke toilet tak la jauh sangat, dalam 20 meter ja, toilet berdekatan dengan sungai kecik, lampu di toilet pon tak hidup sebab ada masaalah elektrik kat situ. Kena bawak torchlight la apa lagi.

camping seram

Che Mat ngan aku macam biasa dalam perjalanan sembang banyak cerita cerita terkini dan sensasi, sampai kat toilet aku cakap ke Che Mat “Hang jangan tinggal aku pulak Mat.”

Che Mat ketawa biasa dan cakap “Rokok tu jangan bagi habis Dos, tinggal kat aku suku.” Aku pon meneruskan perbualan ngan Che Mat dari balik pintu toilet, melepas segala makanan yang diisikan petang tadi sambil hisap rokok, ber-multi tasking bak kata orang.

“Dos, rokok tu jangan bagi habeh!” Che Mat bising di luar toilet, aku pon hulurkan rokok ikut atas pintu dan disambut oleh Che Mat, perbualan kami disambung lagi seperti biasa. Settle kes melabur di toilet, aku kluar dan cakap kat Che Mat. “Jom kita pi usha ayam tadi tengok, aku perasan dok ada banyak lagi makcik tu letak bawah tudung saji.”

Che Mat mengiyakan saja, katanya dia pon rasa lapar jugak dikala waktu hujan hujan ni. Aku ngan Che Mat pon jalan dari toilet ke dewan makan, jarak perjalanan dia dalam 100 meter la senang kata, tak jauh sgt. Kami lalu di tapak kemah sambil ketawa kecil dengar bunyi peserta lain tgh sedap tidur berdengkor.

Aku berjalan di depan, Che Mat berlangkah lambat di belakang. Dia memang jenis orang jalan perlahan, so aku tak kisah sgt. Sambil berjalan aku tepuk2 poket seluar “Alamak.. lighter tinggal dalam kemah tadi. Mat hang ada bawak lighter tak?”

Lupa pulak aku tadi masa pasang api rokok aku dalam kemah ngan Che Mat sebelum ke toilet, ni nak bakar rokok kedua mcm yg dah janji dengan Che Mat kena cari balik dalam kemah pulak. “Takdak lighter kat aku.” Jawab Che Mat. Nasib baik la kemah kami pon dah dekat semasa on the way ke dewan makan tu.

Aku sampai di depan kemah terus bukak pintu zip untuk masuk mencari lighter. Tapi bila aku dah bukak pintu. Aku terus diam sentap, muka aku jadi kebas, lutut aku dah mula terasa lembik, jari aku dah terketar keta bila aku nampak CHE MAT TENGAH TIDUR DALAM KEMAH? HABIS YANG DIBELAKANG NI SIAPA?!

siapa

Aku steady… perlahan lahan masuk kemah balik dan tutup pintu zip, sambil tangan aku mengerak gerakan tubuh Che Mat. “Woi Mat, hang masuk ikut pintu belakang ka tadi?” Aku tanya untuk menyedapkan hati. Aku ulang soalan aku lagi kali ni kuat sikit dari tadi. “Aku dah habaq kat hang kan tadi, aku tak larat nak ikut hang pi toilet, dah dah aku nak sambung tidoq!”

Aku jatuh demam seminggu berikutan kejadian tu, sampai sekarang aku tak pernah cerita kat siapa siapa pun pasal hal ni, dan Che Mat sendiri tak faham apa kena dengan aku sampaikan demam. Trauma beb.. trauma. Sapa yang teman aku malam tu? Aku pon tak tau.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.