Panduan Membuang Di Dalam Hutan

Disiplin dan pengetahuan dalam aktiviti alam seringkali dilupakan apabila peserta berada dalam keadaan “terdesak”.

Kerapkali berlaku dalam trip, ada peserta yang tidak mengendahkan arahan Guider dan “menanda kawasan” di tempat yang tidak sepatutnya lebih lebih lagi dalam kawasan sungai dan air.

Di sini admin nak tekankan yang perbuatan sedemikian adalah kurang ajar kepada semua makhluk yang berada di dalam hutan tersebut. Lebih lebih lagi jika dilakukan di dalam sungai yang kecil.

Sungai adalah sumber air bersih yang diguna oleh semua jenis hidupan, haiwan dan juga tumbuhan. Tindakan membuang sisa pepejal badan ke dalam air adalah satu perkara yang paling tidak bertanggung jawab seseorang peserta boleh lakukan.

Mengapa Jadi Begini?
Selalunya apabila disoal siasat rata rata orang yang melakukan perbuatan membuang sisa pepejal badan di dalam sungai menyatakan:

  1. Mereka takut untuk pergi jauh dari kawasan air atau campsite.
  2. Ianya lebih mudah untuk membersihkan bahagian belakang kerana berada di dalam air dan sisa juga turut mengalir ikut sungai (ini kenyataan orang yang tak bertanggungjawab, perempuan kat luar sana kalau tahu bf anda buat begini jangan kahwin dengan dia)
  3. Mereka tidak tahu cara membuang dengan betul dan mengambil jalan mudah

Perihal membuang sisa badan seringkali diambil mudah oleh peserta baru dan juga peserta yang tidak bertanggungjawab.

Adakalanya sesetengah orang segan bertanya kepada guider berkenaan dimana dan cara untuk menangani masaalah tersebut dan mengambil keputusan sendiri.

Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan cara dan panduan membuang di dalam hutan.

Senario “Membuang” Di Dalam Hutan
Ada 2 senario di mana seseorang peserta terasa sudah sampai masa untuk membuang. Senario pertama ialah ketika on-trek (sedang dalam perjalanan), dan senario kedua ialah di camp-site (tapak perkemahan).

Selalunya kalau semasa on-trek Guide akan suruh cuba bertahan sampai ke camp-site, tapi langit tak selalunya cerah dan kemungkinan peserta tidak lagi mampu bertahan.

Dalam keadaan seperti ini, jika peserta ada dalam kumpulan bersama Guide (laju dan padu belaka) maka seharusnya Guide memberhentikan perjalanan sementara dan menunjukkan di mana tempat sesuai dijadikan kawasan buangan.

hallo

Dalam hutan takde toilet ok

Ada sesetengah Guide hanya suruh peserta mencari sendiri jauh di sebalik pokok dan semak hutan, ini merbahaya kepada peserta kerana tiada bertemankan siapa siapa dan jikalau terjadi sebarang musibah akan menyukarkan pencarian.

Harus ditekankan yang peserta mesti berteman dan kawasan buangan seeloknya berada jauh dari trek untuk mengelakkan bau. Disinilah tanggungjawab Guide untuk memastikan supaya peserta tidak sesat atau tidak ditimpa sebarang bahaya ketika membuang hadas.

Jika peserta tiada bersama Guide (jauh tertinggal di belakang) maka haruslah mengajak kawan untuk meneman dan cuba cari kawasan yang tidak jauh tapi agak tersorok dari trek.

bro

Sebaiknya beg salah seorang ditinggalkan di trek agar kumpulan belakang tahu yang ada orang berhenti di kawasan tersebut.

Jikalau berada di senario ke dua iaitu peserta sudah sampai di campsite, maka sebaiknya Guide harus mencari sebuah kawasan yang terus ditanda dan dibuat sebagai tempat pembuangan.

Kawasan ini harus berada jauh dari kawasan air dan juga campsite, untuk mengelakkan pencemaran air dan juga bau. Sebaik baiknya juga membuat tanda jalan menuju ke tapak kawasan buangan tersebut (menggunakan parang untuk tanda di dahan atau ikat plastik di setiap ranting) untuk mengelakkan sesat.

Kelengkapan “Membuang” Di Dalam Hutan
Sebelum bermula, mari kita lihat barang barang apa yang diperlukan untuk memudahkan pekerjaan ini:

  1. Parang atau Pengorek Tanah
  2. Botol Air/Botol Spray
  3. Tisu Kering
  4. Hand Sanitizer


Dalam artikel sebelum ini kita telah membincangkan berkenaan barangan yang perlu ada dan tisu merupakan salah satu barang yang selalu tidak dibawa peserta ketika masuk ke dalam hutan.

Selain dari tisu kering, parang juga jarang dibawa kerana sering kali tidak begitu diperlukan (apetah lagi pengorek tanah).

Parang selain dari alatan ikhtiar hidup (survival) ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kerja lain, dalam kes ini digunakan untuk mengorek tanah disamping menjadi alat bela diri jikalau bahaya menanti.

Jangan tak korek tanah pulak, ingat ada orang nak tgk ke bahan buangan korang tu?

babi utan

Salah satu contoh bahaya yang menanti

Panduan “Membuang” Di Dalam Hutan
Jika masih berada dalam perjalanan (on-trek) menuju ke suatu destinasi:

  1. Harus mengajak seorang untuk berteman
  2. Beg salah seorang ditinggal di trek (bawa kelengkapan survival sahaja)
  3. Tanda jalan masuk dengan parang atau ikat plastik dalam setiap 2-3 pokok untuk mengelakkan sesat
  4. Bersihkan kawasan tapak dengan menggunakan parang, ini untuk mengelakkan ular atau lipan
  5. Korek tanah sedalam 6 inchi dan selebar 6 inchi dengan menggunakan parang atau pengorek
  6. Peneman harus memerhatikan kawasan persekitaran
  7. Setelah selesai membuang, bersihkan belakang diri dengan tisu terlebih dahulu
  8. Setelah yakin sisa di belakang diri agak bersih atau tiada lagi, gunakan air
  9. Boleh guna air botol atau air botol spray
  10. Tisu tanam bersama sisa badan dan gunakan parang untuk kambus semula tanah
  11. Pastikan parang tidak tersentuh sisa badan tersebut
  12. Tanah yang dikambus harus ditutup dengan daun2 kering dan dipacak kayu
  13. Keluar semula mengikut jalan yang telah ditanda
  14. Teruskan perjalanan

Kawan kawan lain tolong jangan pentingkan diri dan malas untuk meneman orang yang sedang tedesak. Besar kemungkinan jikalau apa apa musibah terjadi, sukar untuk mencari.

cari

Jika sudah sampai di camp-site:

  1. Tanya kepada Guide di mana kawasan sesuai untuk dijadikan port
  2. Guide kalau malas sila gunakan crew untuk mencari tapak tersebut
  3. Tapak pembuangan harus berada jauh dari sungai dan kawasan perkemahan
  4. Tanda jalan masuk dengan parang atau ikat plastik dalam setiap 2-3 pokok untuk mengelakkan sesat
  5. Bersihkan kawasan tapak dengan menggunakan parang, ini untuk mengelakkan ular atau lipan
  6. Memandangkan kawasan ini berada dalam lingkungan luar tapak kemah, boleh dibuat lebih besar untuk menampung lebih ramai orang
  7. Peserta korek sendiri lobang
  8. Korek tanah sedalam 6 inchi dan selebar 6 inchi dengan menggunakan parang atau pengorek
  9. Kalau boleh sila berteman juga
  10. Setelah selesai membuang, bersihkan belakang diri dengan tisu terlebih dahulu
  11. Setelah yakin sisa di belakang diri agak bersih atau tiada lagi, gunakan air
  12. Boleh guna air botol atau air botol spray
  13. Tisu tanam bersama sisa badan dan gunakan parang untuk kambus semula tanah
  14. Pastikan parang tidak tersentuh sisa badan tersebut
  15. Tanah yang dikambus harus ditutup dengan daun2 kering dan dipacak kayu
  16. Keluar semula mengikut jalan yang telah ditanda
  17. Lepak di camp-site

Berteman ketika membuang adalah penting, melainkan kawasan yang anda buat port membuang tu memang diketahui tiada sebarang binatang buas. Binatang buas ini bukan sahaja haiwan berjenis 4 kaki, ada juga yang tiada kaki seperti ular. Maka sentiasa berhati hati.

rimau kumbang

Risiko sentiasa ada di mana mana, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri sendiri terjamin. Admin harap artikel ini dapat memberikan bantuan kepada semua.

Ingat. Jangan buang dalam sungai atau buang dengan cara tak korek. Tombstone ko kat situ nanti.

tombstone

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.