Pantang Larang Hutan

Banyak website dan juga blog menulis berkenaan pantang larang memasuki hutan dan adab yang patut diikut ketika melakukan aktiviti tersebut. Kebanyakkan darinya sama saja (copy paste) dan ada juga sesetengah daripadanya mungkin tidak lagi begitu relevan pada zaman kini.

Masyarakat Melayu khususnya mempunyai banyak pantang larang – ini termasuklah adab sebelum memasuki hutan, ketika berada di dalam dan untuk keluar hutan.

Pantang larang ini terwujud atas pengalaman orang orang dahulu kala, pemahaman mereka terhadap kejadian yang telah berlaku dan ada juga terbawa bawa kepercayaan masyarakat sejak zaman jahiliah dalam perihal perkara ghaib, yang sememangnya menjadi antara sebab pantang larang ini tercipta, malah ada sesetengah daripadanya boleh menjadi syirik.

Dalam artikel kali ini admin akan membincangkan tentang beberapa pantang larang yang banyak diketahui penggiat aktiviti hutan dan membongkarkan adakah ianya masih lagi relevan dengan zaman sekarang?

Perihal Pantang Di Dalam Hutan

Satu perkara utama yang sememangnya diketahui dan diterima ramai ialah: Hutan adalah suatu kawasan hidupan, ini termasuklah tumbuhan, haiwan, manusia dan juga “hidupan hidupan lain”.

“Hidupan hidupan lain” ni faham faham sendiri lah ye, ada syaitan dan juga jin selain manusia yang merupakan sebahagian dari ciptaan Allah yang mendiami bumi ini.

Menjadi suatu kewajipan umat Islam untuk mempercayai bahawa wujudnya hidupan lain alam ghaib ini tetapi bukanlah sehingga mensyirikkan Allah S.W.T.

Percaya wujudnya jin dan syaitan, bukan percaya kepada jin dan syaitan.

Ada yang pernah mempunyai pengalaman sendiri berhadapan dengan isu paranormal dan ghaib ketika di dalam hutan dan ada juga yang langsung tidak pernah mengalami apa apa gangguan.

Kebanyakkan pantang larang ini bersifat percaya kepada ghaib dan semuanya dibuat untuk menghindari dari kecelakaan alam dan kehidupan lain, tetapi ada juga dibuat dengan tujuan menakut nakutkan orang lain– barangkali untuk melindungi tanah harta sendiri ketika waktu dulu kala.

Mari kita bincangkan berkenaan pantang larang yang agak feymes di bawah (diambil dari kebanyakkan website yang copy paste).

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
Pantang larang ini tidak lagi diguna pakai kerana orang kini sudah mengetahui bahaya sebenar mendirikan kemah atau tidur di tepi sungai bukanlah ancaman dari hantu, tetapi kepala air yang mungkin datang tanpa disedari jika keadaan hujan.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
Pantang ini ada betulnya, sesetengah pokok yang jika dibuang kulit luarannya menunjukkan tiang dalam bewarna kemerah merahan jika mempunyai air adalah tidak selamat untuk diminum dan disentuh kerana boleh mengakibatkan kegatalan dan kepedihan pada kulit. Inilah sebab kerana admin selalu memakai sarung tangan jika masuk ke hutan, at least kalau pegang apa apa pokok tidak akan mengakibatkan apa apa kegatalan.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
Orang zaman dahulu jika masuk ke hutan kemungkinan ada yang risaukan ancaman haiwan liar yang berlegar di bawah seperti babi hutan contohnya mengambil keputusan untuk tidur di atas dahanan pokok tanpa mengetahui yang harimau bintang, kucing hutan dan beruang madu juga sebenarnya tidur di atas pokok. Kejadian dilapah hantu yang diceritakan mungkin hanyalah serangan haiwan liar ketika tidur tanpa sedar, dan pantang ini dibuat menjauhkan dari orang lain terkena nasib yang sama. (Sebab orang lagi takutkan hantu dari binatang)
panjatatas pokok

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
Antara satu pantang larang yang paling lama bertahan hinggalah ke hari ini, kerana terlalu banyak kes yang dilaporkan terjadi kerana perkara ini. Bercakap besar yang dikatakan bermaksud seseorang peserta secara yakin (mungkin) berkata “Derang cakap sini ada gajah? Takde pon. Lagipun gajah saa-do, dari jauh bleh nampak kot.”
gajahatau “Zaman skarang ni mana de rimau dah, dah nak pupus dah. Dalam TV aje tunjuk, aku habes semua G7 langsung tak pernah nampak rimau! Sembangg je lebeh!”
rimau

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
Ni lagi satu kepercayaan bertemakan hantu dan syaitan, bersiul sememangnya aktiviti yang tidak lagi dilakukan oleh golongan anak anak muda masa kini (sebab dah tak cool), harus diketahui dalam Islam perbuatan bersiul itu makhruh dan tidak haram.

Apa yang diceritakan dalam hadith ialah perbuatan bersiul dan bertepuk tangan itu menyerupai cara cara orang musyrikin mekah beribadah dan ada juga cerita yang perbuatan tersebut digunakan untuk mengganggu urusan baginda Nabi Muhamad S.A.W ketika sedang mengajar.

Ada juga pertanyaan orang terhadap pantang sama ada perbuatan bersiul itu memanggil syaitan dan juga ular masuk ke rumah sama ada benar atau tidak? Perkara ini tiada diceritakan dalam hadith, maka tiadalah kesahihannya malah mungkin direka reka untuk mengelakkan dari orang berbuat sedemikian.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
Lagi cerita hantu, melaung di tengah hutan ni kita kena tengok apa yang dimaksudkan dengan melaung.

Sama ada melaung dengan bersebab seperti demi meminta tolong ketika kesesatan, melaung memanggil orang dihadapan (sama keadaan seperti sesat atau berada jauh terpisah dari kumpulan) atau melaung suka suka hati (macam tarzan)
tarzan

Pada pendapat admin jikalau dalam keadaan terdesak, melaung meminta tolong itu harus dan kalau penat sila tiup wisel survival. Melaung suka suka hati siang atau malam macam tarzan itu orang giler je buat.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
Ini lagi satu bertemakan hantu jugak. Harus diingati ketika berada di dalam ekspidisi atau trip tak kiralah kemana sahaja, siapa yang berada paling hujung itu bertanggungjawab untuk meneman dan membawa peserta terakhir untuk selamat sampai ke kawasan rehat atau checkpoint yang telah ditetapkan. No one leave behind.

Orang yang paling belakang (Sweeper) jika terdengar sahutan dari belakang dan dah pasti tiada siapa siapa yang lain di belakangnya jangan la jawab sahutan tu. Melainkan kalau dia bunyi “Assalamualaikumm!!” Sebab itu dah terang bukan manusia atau peserta lain yang terpisah dari kumpulan.

Cerita pantang larang menjawab sahutan dari belakang ini popular di kalangan tentera (cerita ekspidisi mencari bangkai helikopter nuri), yang pernah mempunyai pengalaman “terkena” setelah menjawab sahutan yang entah dari siapa padahalnya orang yang menjawab tu adalah yang paling belakang sekali.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
“Take nothing but pictures. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time” ini peribahasa Inggeris yang memberitahu kepada semua agar tidak mengambil apa apa dari suatu kawasan lawatan untuk melindungi alam sekitar dari tangan tangan liar manusia.

Dalam konteks Melayu pula, hutan diketahui sebagai tempat tinggal hidupan hidupan lain dan adab memasuki sesuatu kawasan yang bukan bawah kekuasaan sendiri ialah untuk tidak mengambil apa apa barangan yang bukan hak kita.

Tapi bagaimana pula dengan masuk ke hutan untuk mencari hasil alam seperti buluh untuk dibuat lemang? Kayu dan pokok dibuat ubat? Akar dibuat tali? Memburu untuk dijadikan makanan?

Apa bezanya perkara tersebut dengan mengambil batu? Adakah beza antaranya hanyalah niat semata mata? Atau berbeza dengan tempat dan keadaan? Takut berpenunggu itu wajarkah dijadikan sebagai larangan dari mengambil sesuatu ataupun hanya untuk menakut nakutkan?

Tapi admin siyes kalau jumpa benda2 pelik dalam utan mmg tak ambik la, mesti ada something wrong tu kene tinggal kat situ. huhuhuu…
laporan

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Ini pun salah satu daripada pantang larang yang paling lama dipraktikkan sejak dahulu kala.

Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak, kerana ada juga yang mulut kadang kala celupar. Bagi mengunci mulut kanak-kanak petah bercakap ini cerita cerita rekaan yang menakutkan dibuat agar segala tutur kata dikawal.

Tapi serius, kalau korang nampak benda merbahaya macam ular ngan beruang korang nak tergur bagitau kat kawan kawan ke nak diam?
predator

Mari kita lihat lagi pantang larang lain.

10. Jangan memasang khemah di laluan denai
Pantang larang yang agak terkenal dan sememangnya diikuti semua termasuklah tentera. Laluan denai atau trek laluan hutan merupakan satu tempat larangan memasang kemah kerana ianya laluan yang digunakan semua makhluk. Termasuklah yang nampak dan juga yang tidak nampak ya.

Selalunya bila waktu malam, haiwan haiwan nokturnal seperti tikus hutan, landak dan babi hutan mula keluar untuk mencari makanan.

Laluan laluan kecil dan besar sememangnya akan dilaluinya dan apa agaknya terjadi bila di laluanya ada kemah, lepas tu dalam kemah tu pulak ada tersimpan makanan berbau (tin sardin contohnya).

Memang berlubang kemah esok pagi.

Di kalangan tentera juga ada cerita berkenaan terpaksa memasang kemah dan tidur di laluan yang diakhiri dengan gangguan makhluk ghaib yang membuatkan pantang larang ni jadi lebih feymes dari biasa.

11. Jangan membuat bising di dalam hutan
Rasanya ini antara pantang larang yang paling tidak diendahkan, selama admin ikut trip ekspidisi masuk hutan kebanyakkan dari peserta selalunya akan berkaraoke ramai ramai ketika dalam perjalanan (selalunya masa tengah landai la, time manjat tak larat nyanyi), malahan Guide juga ada yang turut menyanyi untuk merancakkan suasana demi mengelakkan peserta dari down kerana kepenatan.

Barangkali pantang membuat bising ni selalunya dikenakan pada camp-site saja, tempat rehat dan tidur peserta peserta. Kalau masa tengah dalam perjalanan tu tak buat bising masa dah pewai (penat) aje. Hehehe.

hutan hujan 2

Di sini kita dapat melihat, 7 daripada 11 Pantang Larang dahulu kala semuanya dibuat kerana hantu, sekaligus meletakkan hantu ke dalam kategori jauh lebih tinggi dari sepatutnya.

Mungkin kejadian alam ghaib yang pernah terjadi tidak terjadi pada semua orang, seperti mana yang ramai katakan benda ni seumpama “nasib” la, bila nak terkena akan terkena jua.

Tapi kita sebagai khalifah di muka bumi ini jikalau terkena perkara seumpama ini anggaplah sebagai ujian, untuk memperkuatkan iman kita terhadap Allah S.W.T.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.