Penjagaan Kaki Dari Melecet

Kaki adalah bahagian organ penting yang menjadi pengerak tubuh kita. Ketika membuat aktiviti hutan, kaki lah yang akan membawa kita ke setiap checkpoint, dari starting point hingga ke camp site, sampai ke puncak dan akhirnya kaki jugalah yang akan kita gerahkan untuk membawa kita keluar dari hutan.

Dalam hutan tak ada uber dan teksi. Pandai masuk sendiri, pandai pandai lah keluar sendiri. Sukar untuk orang lain membantu pada waktu kaki sakit, tambahkan pulak kalau pergi trip yang bawa beg besar dan berat.

Berapa banyak cerita yang telah kita dengar mengenai pendaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk keluar dari hutan kerana kecederaan pada kaki, itu kalau yang masuk daypack dan berdekatan bandar.

pendaki cedera

pendaki cedera terjatuh di Gunung Nuang

Bagaimana pula kalau yang pergi masuk hutan tebal untuk buat trans gunung atau perlu melalui trek yang memakan masa berhari hari?

Adakah kita peka terhadap jenis ancaman yang selalu terkena pada kaki? Senario yang biasa terjadi ketika dalam aktiviti meredah hutan, kalau dalam group 13 orang, 4 – 6 peserta pasti akan terkena luka melecet pada jari jemari dan tumit kaki.

Manakala 1-2 peserta akan mengalami luka lecetan kulit yang teruk sampai terkena jangkitan kulat air/kaki makan air, kesan dari kaki yang setelah luka tidak dijaga rapi ketika melakukan aktiviti hutan.

Kenapa boleh jadi begini?

perempuan jerit why

Bedasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, ada beberapa punca utama kaki boleh melecet:

  1. Pemakaian kasut atau stokin yang tidak sesuai, kebanyakannya terjadi pada pemakai kasut getah (adidas kampung) yang tersalah pilih saiz.
  2. Kasut hiking baru yang masih bau kedai yang belum kembang dengan elok mengikut pergerakan kaki si pemakai
  3. Kasut yang dipakai terlalu kedap udara (sering kali berlaku pada kasut waterproof) yang menyebabkan kaki lebih cepat berpeluh dalam cuaca panas dan kaki berterusan berada dalam keadaan lembab
  4. Kaki dan stokin yang lembab boleh mewujudkan geseran secara tidak langsung dan ini akan menyebabkan berlakunya melecet
  5. Redah sungai, kasut dah basah dan penuh air tapi malas nak dicabut dan dibuang air sebab takut kena tinggal dengan geng geng padu

Ada perpatah mengatakan, mencegah adalah lebih baik dari merawat, dalam kes melecet kaki ni ada sesetengah pendaki cakap ianya lumrah yang kena diterima kalau nak jadi pendaki, tapi mari kita tengok cara cara untuk mencegah kaki dari melecet dengan teruk.

tape di kaki

kaki hanco

Tips tips untuk mengelakkan lecet:

  1. Kasut hiking kalau baru beli (dan bau kedai), pastikan pakai untuk 2-3 hari atau seminggu sebelum mendaki untuk mengembangkan ruang kasut mengikut pergerakan kita, sebelum diguna untuk meredah hutan atau mendaki gunung
  2. Proses di atas jugak akan dapat mengesan jika tersalah pilih kasut, kebanyakkan kecederaan kaki dan lecet teruk berlaku semasa proses turun dari kawasan tinggi ke bawah (impak hentakan depan kaki terhadap jari amat menyakitkan, tambah lagi bila tengah pishang)
  3. Tanda tanda awal kaki nak melecet sebenarnya boleh dikesan, kawasan yang akan melecet akan terasa kepanasan, kita akan terasa sakit yang mencucuk dan mula perasan ada kawasan kulit yang bergeseran dalam kasut
  4. Bila dah terasa panas panas di kawasan tergeser ni cuba berhenti, letak beg dan bukak kasut, bahagian tu akan nampak kemerah merahan dan kadang kalanya dah naik gelembong air bisa
  5. Bahagian bakal melecet tu patut dilekatkan tape atau bandage, gelembong air bisa jangan pecahkan lagi, kalau boleh tutup dengan tape jugak
  6. Kalau tak tahan nak bagi pecah jugak, pastikan kawasan lecet dibersihkan dulu dengan cecair antiseptik lepas tu lekat tape untuk tutup dari terkena jangkitan
  7. Waktu berhenti di checkpoint untuk isi air atau berehat, ambik waktu tu untuk buka kasut dan bagi kaki bernafas sekejap, walaupun hanya 5 minit
  8. Kalau lepas redah sungai, pastikan buka kasut untuk buang air dan juga butir butiran pasir sungai yang masuk, lepas tu jangan lupa untuk perah stoking
  9. Kaki yang lembab akan menyebabkan kulit mengembang kerana terserap air dan mudah terdedah kepada kemungkinan melecet yang lebih teruk, admin sendiri pernah tengok orang yang tapak kakinya hancur sebab berjalan dalam keadaan kaki basah untuk lebih 10 jam, esoknya? Terjengket jengket jadi sweeper
  10. Malam di kawasan hutan yang sejuk, jangan lupa untuk letak bedak di kaki, bedak akan membantu untuk mengeringkan kaki dengan baik
  11. Guna kasut yang mudah untuk keluarkan air jikalau termasuk air lopak, selut, sungai atau hujan, dah ramai pengemar aktivit outdoor sekarang mengunakan sandal outdoor dan kasut kegunaan sukan air untuk mengelak dari kaki terus berada dalam keadaan lembab, lain orang lainlah caranya, tepuk dada tanya selera

Walau apa pun aktiviti hutan yang anda lakukan, ingatlah untuk sentiasa berwaspada dan jagalah kaki anda dengan baik untuk mengelakkan dari cedera (dan pulang tanpa kena marah dengan mak), lainlah kalau anda ada keupayaan untuk berjalan keluar dari hutan dengan menggunakan tangan. Ingat, jikalau kaki anda melecet, sentiasa dapatkan rawatan di klinik setelah keluar dari hutan untuk mendapatkan pemeriksaan dan juga ubat yang sesuai untuk luka lecetan. Ada banyak lagi ancaman terhadap kaki yang akan kita kupaskan lagi di post yang akan datang. Jadi teruskan mengikuti web Jom Hiking ini!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.