Persoalan Kekal Kering Dalam Hutan?

Hutan hujan tropika di Malaysia merupakan sebuah tempat yang panas dan lembap. Ianya juga menerima sebanyak 60 hingga 160 inchi purata air hujan sepanjang tahun. Gabungan suhu panas dan juga keadaan yang lembap serta hujan membuatkan sukar untuk penggiat aktiviti hutan berada dalam keadaan kering.

Memang sukar nak kekal kering di dalam hutan tropika, anda akan sentiasa berpeluh kerana haba panas yang lembap ketika waktu cuaca panas, tambah pulak kalau masa tu tengah memanjat cerun.

Selain dari panas dan lembap, hutan tropika juga ada banyak cabaran lain seperti terpaksa melalui sungai, lumpur dan juga hujan.

hutan hujan 2

Pakaian yang basah amat sukar dikeringkan di dalam hutan, ini kerana anda akan sentiasa berada di bawah kanopi (teduhan) hutan.

Pokok pokok yang tinggi akan menghalang sinaran cahaya matahari dari terus masuk, melainkan kalau pada waktu itu anda sedang berjalan luar kawasan kanopi (sebagai contoh trek laluan lori balak atau kawasan padang rumput luas terbuka).

peluh

Terus terang bagi admin, baju hujan (plastik murah/poncho/baju hujan motor) tak memainkan peranan sangat dalam kawasan hutan hujan tropika, ianya lebih banyak menghalang pergerakan, membuatkan anda lebih berkuap, mengakibatkan kondensasi dan berpeluh, lebih lebih lagi diwaktu anda sedang bergerak.

Satu tips yang admin boleh beri disini ialah terima sahaja hujan yang turun atau kebasahan seperti meredah sungai dan lopak dengan hati terbuka.

poncho

Disinilah baju cepat kering (quick-dry) memainkan peranan. Pakaian yang mengunakan fabrik cepat kering (quick-dry) diperbuat dari tenunan Nylon atau Polyester.

Kedua dua jenis fabrik ini mampu membuang kelembapan yang tersimpan di dalamnya dan menjadikan pakaian anda lebih ringan dan cepat kering (obviously).

Namun begitu pakaian outdoor yang diperbuat dari jenis Nylon selalunya akan melekat pada tubuh jikalau ia basah, ianya juga panas kepada si pemakai dan ada pengguna melaporkan yang pakaian diperbuat dari Nylon juga mengeluarkan bau pelik setelah dibasahi peluh. Walaupun ada banyak kelemahan, kain dari jenis Nylon cepat kering, malah boleh dikeringkan dari haba badan si pemakainya.

Kain yang diperbuat dari Polyester pula adalah lebih baik dari Nylon dan juga Cotton, ianya tak melekat pada badan ketika basah, boleh merengang (stretchable) menjadikan ia sesuai dijadikan seluar (dan juga baju), tidak mengeluarkan bau, mudah bernafas (breathable) dan juga cepat kering.

Dalam Tips Untuk Pendaki Baru Episod 1 kita dah pun membincangkan perihal fungsi menggunakan pakaian yang menggunakan fabrik (kain) sebegini.

Anda tak akan dapat mengelak dari kebasahan, sama ada dari diri sendiri (peluh) mahupun faktor alam (sungai, lopak, hujan) tetapi sekurang kurangnya pakaian anda akan lebih cepat kering berbanding baju tshirt cotton biasa.

Briefing

Oh ya, sebelum redah sungai dan hujan, pastikan beg anda berbungkus dari dalam dan luar ye, lihat balik Tips untuk Pendaki Baru Episod 4 untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimana pula dengan sejuk?

Anda tak perlu terlalu risau dengan faktor sejuk (ketika hujan dan selepas meredah sungai) kerana badan anda akan sentiasa berada dalam keadaan panas ketika waktu anda sedang bergerak dalam hutan.

Kawasan hutan banyak kawasan berbukit yang perlu didaki dan juga curam yang perlu dituruni akan sentiasa membuatkan jantung berdegup laju dan badan berada dalam keadaan bersedia, ini membuatkan badan mengeluarkan lebih banyak haba dan berada dalam keadaan sentiasa panas.

Habis tu kenapa orang jual jaket waterproof?

taklut

Disini kita akan kaji dimanakah fungsi jaket waterproof, dan bilakah waktu untuk kita berada dalam keadaan kering, dalam hutan hujan di Malaysia.

Jaket waterproof menjadi satu bentuk pakaian perlindungan yang harus ada untuk semua penggiat aktiviti hutan. Ianya bertindak sama seperti baju hujan tetapi lebih selesa (dan mahal) serta bergaya.

Jaket waterproof juga merupakan lapisan terakhir dalam 3 lapisan pakaian ketika melakukan aktiviti hutan. “Dah kenapa sampai 3 lapis?! Admin ni giler ke?”

Tahukah anda yang pakaian outdoor terbahagi kepada 3 lapisan yang boleh dipasang dan dicabut kalau memerlukan?

Ianya bermula dengan lapisan paling asas, iaitu baju cepat kering (quick-dry) yang kita pakai ketika melakukan aktiviti hutan dan pendakian.

Diikuti dengan lapisan ke 2 iaitu baju sejuk (fleece atau down jacket nipis) untuk dipakai apabila keadaan menjadi sejuk. Selalunya lapisan ke 2 ini akan kita pakai selepas sampai di kemsite yang berkedudukan tinggi dan bersuhu sejuk (puncak gunung/kem tanah tinggi).

Masa mendaki tak pakai lapisan ke 2 ni, sebab ianya juga tak kalis air, kalau benar benar perlu untuk digunakan (sebagai contoh untuk summit attack Gunung Kinabalu pukul 2 pagi) pastikan keadaan tidak hujan pada ketika itu.

Disinilah lapisan ke 3 iaitu Jaket Waterproof berfungsi. Ianya digunakan untuk melindungi pakaian kering daripada basah. Selain dari itu ia juga bertindak sebagai pemanas badan tambahan ketika waktu sejuk.

layers

Dalam kes hutan hujan Malaysia ni lapisan ke 2 dan ke 3 ni selalunya dipakai bila dah sampai di kem site yang sejuk. Bayangkan dah pasang teduhan, dah tukar ke baju kering untuk kegunaan rehat dan tidur tiba tiba lepas 10 minit badan mula terasa sejuk.

Baru perasan yang kawasan kem site tu sejuk beku (sampaikan minyak dalam botol pon jadi lemak), masa ni kluarkan lapisan ke 2 dan pakai di atas baju kering untuk kegunaan rehat dan tidur tu. Kalau sejuk bertambah lagi dan hujan, kluarkan lapisan ke 3 dan pakai di atas lapisan ke 2. Kalau panas, cabut lapisan ke 2 dan hanya pakai jaket waterproof atas baju tidur.

Di sini kita boleh nampak yang lapisan lapisan ni digunakan hanyalah untuk keselesaan kita pada waktu rehatkan badan dan tidur, nak tidur dengan baju basah mesti tak selesa kan? Apetah lagi sejuk beku.

Pengakhiran
Dalam hutan, kalau hujan takyah la pakai baju hujan, pastikan pakai baju yang cepat kering, seluar yang cepat kering dan embrace the wetness bak kata orang putih.

Kalau nak pakai jugak atau nak sarung jaket waterproof yang anda bawak itu pilihan anda. Saya hanya sekadar memberikan tips bedasarkan pengalaman saya sendiri.

Yang penting, lindungi baju tidur anda, time kat kemsite, semua yang anda pakai untuk rehat dan tidur pastikan kering untuk keselesaan anda.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.