Rakyat Malaysia Pertama Ke Everest

Walaupun sudah 20 tahun berlalu, jasa dan kejayaan yang dikecapi Datuk M. Magendran dan juga Datuk N. Mohanadas untuk negara Malaysia tidak akan dilupakan. 23 May 1997 merupakan tarikh bersejarah kerana nama dan bendera Malaysia, Jalur Gemilang telah berjaya sampai di puncak gunung Everest.

Mengambil masa selama 10 tahun dalam pembikinan, 2 tahun latihan intensif dan 2 setengah bulan untuk direalisasikan, Projek Malaysia-Everest ’97 merupakan satu dari senarai pencapaian negara Malaysia di mata dunia.

Rasanya generasi baru tak kenal lagi siapakah dua rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak Everest ni. Mari kita kenali wira wira negara tersebut.

Malaysian Everest

Datuk M. Magendran (Magendran M Munisamy) dilahirkan pada 6 Disember 1963 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau bukanlah seorang ahli atlit tetapi merupakan seorang guru sekolah lepasan diploma yang mengajar di Klang.

magendran

Datuk M. Magendran

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dan mendapat ijazah (Degree) dalam Sains Sukan dari Universiti Malaysia pada tahun 2000, beliau kemudiannya menyambung lagi pelajaran dan mendapat ijazah sarjana (Master) pada university yang sama pada tahun 2005.

Sebagai seorang guru, Datuk Magendran amat menitik beratkan perkembangan dan mengharapkan anak muda Malaysia sentiasa bersungguh sungguh dalam pelajaran agar dapat menjadi pengerak negara untuk masa depan. Kini beliau bekerja sebagai Pembantu Pengarah Sukan untuk Jabatan Pendidikan Selangor.

DREAM BIG BUT START SMALL. TAKE ONE STEP AT A TIME. EVERY MOUNTAIN IS DIFFICULT AND UNPREDICTABLE. LEARN TO ACCEPT, EMBRACE AND ENJOY THE CHALLENGE. – Datuk M. Magendran

Gunung pertama yang didaki oleh Datuk Magendran ialah Gunung Datuk (884 meter) yang terletak di Negeri Sembilan semasa dia masih bekerja sebagai guru pelatih.

Sejak dari itu minatnya terhadap aktiviti hiking bermula, beliau mula mendaki gunung yang setiapnya lebih tinggi dari yang sebelumnya, dan dari situ dia mula mengenali Presiden kelab Malaysian Mountaineering Association.

Beliau akhirnya menjadi salah seorang dari ahli kelab tersebut dan terlibat dalam kerja sama dengan Kementerian Belia dan Sukan, yang memberikan beliau peluang menyertai Projek Malaysia-Everest ’97.

Datuk N. Mohanadas (Mohanadas Nagappan) Dilahirkan pada Disember 28, 1961. Beliau juga bukanlah sorang atlit malah beliau sebenarnya bekerja sebagai Pengurus Akaun di syarikat Shell Malaysia.

mohandes

Datuk N. Mohanadas

Beliau berjaya menjadi rakyat Malaysa ke 2 sampai ke puncak Everest, 15 minit selepas Datuk Magendran tiba dan duduk di puncak tersebut selama 40 minit sebelum kembali turun ke bawah bertemu semua peserta peserta yang lain.

Apabila ditemu bual Datuk Mohanadas bekata “Jika diberi peluang, saya ingin mendaki Everest lagi sekali.” Walaupun kini berumur 56 tahun, baginya umur bukanlah penghalang jika peluang datang untuk dirinya kembali berdepan gunung Everest.

Jasa mereka berdua mengharumkan nama negara telah diletakkan di dalam Malaysian Book of Record termasuklah penghasilan setem peringatan dari Pos Malaysia.

Nepal 2000 Everest Malaysia

Datuk Magendran dan Datuk Mohanadas agak berbangga kerana generasi muda kini lebih banyak bergiat dalam sukan outdoor. Merekalah definisi sebenar Malaysia Boleh.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.