Sejarah Taman Negara Malaysia

Taman Negara Malaysia terletak di negeri Pahang, merupakan suatu taman negara terbesar negara yang berkeluasan sekitar 434,351 ha atau 4,343 kmĀ², ianya dipenuhi misteri dan juga sejarah sejarah yang amat menarik.

Sejarah Taman Negara Malaysia
Tahukah anda yang Taman Negara Malaysia sebenarnya telah mula dibuka bermula pada tahun 1938/1939?

pintu

Secara asalnya pada tahun 1925, sebelum dijadikan Taman Negara, kawasan hutan luas bersempadankan 3 negeri itu telah dijadikan sebagai kawasan permainan buruan haiwan liar oleh Raja raja dan juga pihak British dan dinamakan sebagai Gunung Tahan Game Reserve.

14 tahun kemudian pada tahun 1939 ianya dijadikan taman negara dengan nama King George V National Park untuk memperingati pentakhtaan King George V di England.

king george v

Ianya dibuat atas enakmen 1939 yang merangkumi 3 negeri Malaya yang berkongsi kawasan hutan tersebut iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Pada ketika itu kawasan tersebut berada di bawah pemantauan secara terus kekuasaan Sultan 3 negeri terbabit dan juga Pesuruhjaya Tinggi British.

Ia kemudian ditukarkan nama sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 dan masih lagi diletakkan di bawah kekuasaan Sultan 3 negeri yang bersempadan tersebut.

Pentadbiran kawasan Taman Negara pula diletakkan pada Kementrian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan pengurusan pula diletakkan pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Apa ada di Taman Negara?
Taman Negara telah diisytiharkan sebagai ASEAN Heritage Park pada tahun 1984 kerana usia ekosistemnya yang telah mencecah 130 jutaan tahun dan merupakan salah satu daripada hutan tertua dunia.

Ianya juga menempatkan pelbagai jenis haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang.

Sungai Tahan pula menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan yang kini diharamkan untuk ditangkap kerana berada di ambang kepupusan.

Secara geografiknya Taman Negara berada di antara 80-2,187 meter dari paras laut dan sebanyak 57% purata tanahnya terletak pada ketinggian 80-300 meter. 41% lagi berada pada ketinggian 300-1500 meter dan 1% selebihnya berada di paras 1,500 meter.

Banjaran setinggi 2,000 meter dari paras laut dikenali sebagai Banjaran Tahan di mana berdirinya gunung tertinggi di kawasan semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan (2,187 meter).

Ada 3 sistem sungai utama yang berasal dari Taman Negara ini iaitu Sungai Lebir, Sungai Terengganu dan Sungai Tembeling yang mengalir ke negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

sungai

Sistem sungai sungai yang kecil pula ialah Sungai Atok, Sungai Relau, Sungai Sat, Sungai Kenyam, Sungai Periang, Sungai Redap, Sungai Riul, Sungai Sepia, Sungai Siak, Sungai Tahan, Sungai Teku, Sungai Lebir dan Sungai Tekak.

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat pelbagai tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh.

kanopi

Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

jalan

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

taman negara

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.