Siapakah Bear Grylls Yang Sebenarnya

Ramai orang mula mengenali Bear Grylls apabila menonton rancangan ekstremnya yang bertajuk Man VS Wild. Disiarkan di Discovery Channel sejak dari tahun 2006 hingga ke 2011, rancangan berformat ikhtiar hidup konsep ekstrem (extreme survival) ini telah menarik minat ramai penonton terhadap pengetahuan ikhtiar hidup, rimba, pendakian dan perkemahan (pendek kata dunia outdoor).

Siri Man VS Wild mendapat perhatian ramai setelah aksi ekstrem yang ditunjukkan di dalam siri tersebut dikatakan amatlah merbahaya untuk orang biasa yang tiada latihan ketenteraan dan tidak sama sekali patut dijadikan teladan dan ikutan ketika dalam keadaan pengikhtiaran hidup. Kontroversi yang membincangkan tentang kepalsuan rancangan tersebut juga menjadi isu tular sehinggakan pihak penerbit Discovery Channel terpaksa meletakkan peringatan pada awal rancangan, menyatakan yang hos rancangan tersebut mendapat bantuan dari pihak pihak tertentu sebelum setiap aksi lasak dilakukan.

Namun begitu Bear Grylls bukan lah seorang selebriti television yang biasa malah ada banyak perkara yang kita mungkin tidak tahu mengenai beliau. Siapakah Bear Grylls yang sebenarnya?

1. Bear Bukanlah Nama Sebenar

Nama sebenar beliau ialah Edward Michael Grylls (lahir pada 7 June 1974) dan nama “Bear” adalah nama timangan yang diberikan oleh kakak beliau ketika dia berumur 1 minggu.

2. Manusia Termuda Dari Britain Menakluki Gunung Everest

Pada tahun 1998, nama Bear Grylls dimasukkan ke dalam Guiness Book of Records apabila menjadi manusia yang termuda dari Britain menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, beliau mengambil masa 90 hari untuk sampai ke puncak dan berusia 23 tahun semasa mendapatkan rekod tersebut. Namun rekod tersebut telah pun dipecahkan sebanyak 4 kali oleh pendaki everest yang berusia lebih muda dari padanya selepas itu.

beareverest

3 .Seorang Penulis Buku Dan Juga novel

Disamping menjadi hos kepada siri tv sendiri Bear Grylls juga merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan lebih dari 11 buku dan 4 daripadanya ada novel remaja yang bertajuk “Mission Survival”

buku bg

4. Bukan Sekadar Aksi

Bear Grylls adalah bekas tentera SAS (Special Air Service). Beliau berkhidmat di dalam pasukan simpanan regimen 21 SAS dari tahun 1994-1997. Pemilihan kemasukan tentera SAS ini bukanlah suatu perkara mudah, kerana SAS adalah salah satu daripada pasukan tentera elit dunia dan bentuk pemilihan keras dipraktikkan untuk mencari calon yang terbaik supaya dapat mengisi keperluan.

Berjaya melepasi fasa pemilihan yang susah menunjukkan yang Bear Grylls bukanlah hanya sekadar orang biasa yang beraksi dihadapan kamera.

BearGryllsSAS

5. Banyak Bergiat Dalam Kerja Amal

Bear Grylls juga banyak melakukan pelbagai ekspidisi luar yang tidak dirakamkan untuk kaca tv untuk tujuan mengutip derma bagi badan badan amal. Sebagai contoh beliau telah mengemudi jet-ski mengelilingi kepulauan british yang mengaimbil masa selama 30 hari untuk mendapatkan dana amal bagi Royal National Lifeboat Insititution (RNLI).

Beliau juga mendayung bot buatan sendiri yang diperbuat dari tab mandi sepanjang sungai Thames dalam keadaan bogel untuk mengutip dana bagi rakannya yang kudung kaki kerana mengalami kemalangan ketika sedang melakukan pendakian.

Pada tahun 2010, beliau mengetuai kumpulan seramai 4 orang untuk mengemudi bot angin keras pemecah ais (Ice breaking rigid-inflatable boat) sejauh 4000 kilometer melalui laluan Northwest untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kesan pemanasan global dan juga mendapatkan dana untuk badan amal kanak kanak Global Angels.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.