Tips Mengeringkan Kasut

Kasut merupakan suatu bentuk pakaian yang paling sukar untuk dikeringkan semasa di dalam hutan. Admin sendiri pernah memakai kasut hiking yang lembap selama 4 hari di dalam hutan (sekarang dah tukar guna kasut lain), selain dari kasut, stokin pun sama susah untuk dikeringkan.

Ini adalah kerana kedua-dua pakaian ini (kasut dan stokin) jenis berkain tebal dan mempunyai daya serapan air yang tinggi. Apabila berada di dalam hutan hujan tropika, proses pengeringan kasut dan juga stokin ini akan mengambil masa yang amat perlahan kerana suhu kelembapannya yang tinggi.

Kasut yang lembap boleh mengakibatkan melecet dan luka. Walaupun kita semua tahu yang keadaan pakaian basah atau lembap di dalam hutan merupakan satu lumrah aktiviti alam, ini tidak bermakna kita tak boleh kekal selesa ataupun kering.

Disinilah pemilihan baju dan seluar yang cepat kering (quick dry) menjadi satu keutamaan sebelum membuat aktiviti hutan.

Tetapi bagaimana pula dengan kasut yang sememangnya tebal? Sebenarnya ada cara untuk mengeringkan kasut apabila berada di dalam hutan. Mari kita pelajari teknik ini.

0 buang air dalam kasut

1 kutip batu

2 saiz batu

3 isi dengan air

4 letak atas api

5 air panas

6 batu panas

7 masuk batu dalam stokin

8 stokin batu masuk dalam kasut

9 wap asap

Di sini kita boleh nampak keuntungan membawa alatan dapur sendiri, ianya mencepatkan proses memasak makanan, minuman dan juga boleh digunakan untuk membuat kerja kerja lain (masak batu sbagai contohnye). Kalau tiada boleh juga buat api sendiri (campfire) dan letakkan batu batu berdekatan api untuk memanaskannya dan kemudiannya letak dalam stokin dan kasut.

Jadi lepas ni jangan cakap admin tak cakap ada teknik untuk keringkan kasut (or at least mengurangkan kelembapan kasut) dengan cara di atas. Yang perlu ada cuma api, dan batu aje.

Periuk dan air tu takde pon takpe, sebab batu boleh letak dalam api dan keluarkan dengan kayu.

Kalau tak pun mungkin boleh buat muka sedih dan pinjam pada orang lain, tapi peratusan untuk dapat guna sebab nak keringkan kasut sendiri tu tipis la. Paling selalu pun orang akan kata “Takleh buat apa la… terima aje, kasut semua orang pun basah.”.

By the way, kasut getah tak payah la nak keringkan, dia cuma lembap dan kena lap aje. So renung renungkan dan selamat beramal.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.