Tips Menjadikan Pakaian Anda Kalis Air

Dalam artikel sebelum ini kita telah bincangkan berkenaan bertapa mustahilnya untuk kekal kering di dalam hutan hujan tropika.

Tapi tahukah anda sebenarnya wujud cara untuk menjadikan baju atau seluar mahupun kasut menjadi kalis air.

Anda semua mesti pernah melihat video dibawah ini:

Video penggunaan semburan superhydrophobic (semburan lapisan anti cecair termasuk lumpur, minyak dan air) tersebut membuatkan pakaian, kasut malah barang barangan menjadi kalis air sepenuhnya telah menjadi tular (viral) di media sosial suatu ketika dulu, namun kini ia semakin dilupakan.

shutterstock205030072

Bagaikan tidak percaya melihat kasut dan batu seakan akan menjadi daun keladi, menepis air sepenuhnya, tidak lagi kotor dan tidak lagi basah.

Namun begitu ianya tidak mudah didapati kerana disarankan untuk penggunaan kilang dan juga kerja kerja berat (tapak pembinaan, pelantar minyak, dan mesen mesen besar) dan bukan untuk kegunaan komersial.

Namun setelah kemunculan video tersebut permintaan untuk mendapatkan semburan lapisan anti cecair tersebut meningkat tinggi dan pengilang mula mengeluarkan semburan alternatif untuk kegunaan komersial.

Walaupun semburan tersebut tidak dapat menghasilkan semburan bersifat superhydrophobic (bersifat kuat, super anti cecair – mengahalang minyak, lumpur, simen dan juga air), semburan hydrophobic biasa mula dijual dipasaran untuk mengisi kekosongan dan permintaan ramai.

Sebagai contohnya admin sendiri menggunakan semburan hydrophobic jenama Kiwi (Kiwi Camp Dry) yang telah admin gunakan ke atas fly, beg dan baju untuk menjadikannya kalis air.

index

Namun begitu semburan lapisan kalis air yang digunakan ini mempunyai jangka hayat singkat jika barang tersebut sering digunakan.

Sebagai contoh lapisan yang disemburkan ke atas beg mampu bertahan sehingga 3 minggu, lapisan ini juga mudah tertanggal dengan geseran (gosok di batu/pasir/permukaan kasar secara kuat)

Anda boleh mencuba untuk membeli sendiri semburan ini dan lihat sendiri bagaimana fungsi kalis airnya bertindak. Ianya datang dengan pelbagai jenama dan beharga sekitar atas RM50+.

Pastikan anda mengunakan penutup mulut, hidung dan cermin mata ketika menyembur lapisan tersebut untuk mengelakkan dari habuk silikon masuk ke rongga badan dan mata, sentiasa buat semburan di kawasan lapang dan lebih eloknya di tengah panas.

(Nota kaki: Jom Hiking tidak dibayar untuk membuat artikel ini dan kami tidak memihak kepada mana mana syarikat yang mungkin tertera di dalam artikel ini.)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.