Tips Untuk Pendaki Baru Episod 1

Semua orang pernah menjadi beginner. Tak ada orang yang lahir lahir terus berlari, semuanya dipelajari antara dengan berguru, mencari sendiri atau atas dasar pengalaman.

Admin masih ingat lagi yang beberapa tahun dulu masa awal awal berjinak jinak dengan aktiviti hiking ni, banyaknya tengok youtube, baca blog dan cari info sendiri tentang hiking. Masa tu ingat ilmu ni sekadar cukup la nak merasa hiking ni.

Rupa rupanya banyak lagi kena belajar dan banyak pengalaman admin dapat masa ikut panjat trans gunung (trip lebih dari 3 hari).

Masa awal awal hiking tu, semua orang akan anggap anda tahu apa yang patut dilakukan sebelum mendaki. Tak akan ada orang tanya barang apa yang anda bawak, atau tanya kenapa anda pakai seluar jeans/baju cotton masa nak memanjat tu.

Banyak juga pendaki baru yang tak tahu carry mat tu penting, sampai la waktu nak tido masa hujan renyai renyai bawah fly atas tanah lembap kat kem tudung periuk, baru la tau kena bawak carry mat rupanya (cakap dari pengalaman sendiri).

Apa yang paling kesian, ada yang tak tahu jenis beg apa yang patut dibawa untuk panjat gunung, ni semua gara gara berminat nak ikut, tapi tak research dulu apa yang patut dibawa. Gambar dibawah ni adalah mesej yang admin pernah dapat beberapa tahun dulu (gambar rekaan semula sebab mesej ori dah hilang).

Mesej Wan

Katanya 1 beg tu untuk 2 hari… sedih bai

Jadi mari kita cuba mentelaah tips – tips untuk pendaki baru di bawah:

Mental dan Stamina
Mental dan stamina merupakan perkara pertama yang kena dikuatkan sebelum nak ikut mendaki ke trip yang memakan masa lebih 3 hari. Admin pernah tengok orang mental breakdown masa tengah mendaki sebab dah penat, masa tengah penat ni beg akan terasa lebih berat sebab postur badan dah berubah (banyak menunduk) dan kaki pulak dah mula nak give up dan krem.

Masa ni sokongan dari orang orang yang anda baru kenal akan menjadi pembakar semangat untuk teruskan perjalanan (ni semangat pendaki, sebab kami pon pernah jadi beginner), tapi in the end anda telah melambatkan pergerakkan orang lain sebab kelemahan diri sendiri.

mak nak balik

Tips:
Sentiasa berlatih dengan banyakkan hiking di kawasan bukit atau gunung yang rendah, kadang kala trek bukit juga memberikan cabaran yang lebih kurang sama dengan gunung dan boleh digunakan untuk membina kekuatan kaki dan stamina. Mula dengan mengikut kawan kawan yang sering pergi hiking dan bina semangat dari situ. Berjogging, berbasikal dan berlari juga dapat membantu untuk membina stamina ini.

Kelengkapan Pakaian Yang Betul
Kalau anda yang baru nak menceburi sukan hiking, satu perkara yang orang tak akan tanya ialah berkenaan pemilihan pakaian anda ketika mendaki. Sebab pakaian tu pilihan dan hak masing masing. Tapi semasa mengikuti trip yang lebih dari 3 hari pakaian menjadi salah satu faktor beban yang harus diambil perhatian.

Untuk pendaki yang tak biasa atau baru selalunya akan membuat kesilapan dengan bawa pakaian berlebihan atas faktor keselesaan (lepas tu selalunya bawak tshirt cotton), yang ada kemungkinan menjadi beban bila baju berlebihan tersebut tak sempat kering (kalau basah) dan berbau sebab dah simpan dalam beg plastik lebih sehari.

Baju kering tak memberikan banyak beban, tapi bagaimana kalau baju yang dah basah?

budak

Tips:
Untuk pakaian, sentiasa gunakan baju sukan yang ringan dan cepat kering. Masa ikut trip lebih dari 3 hari, baju ni la yang akan dipakai hari hari, Kalau trip tu 3 hari, haa 3 hari la pakai. Kalau trip tu 8 hari maka boleh bawak spare untuk boost moral. Biasakan diri pakai baju yang sama untuk lebih dari sehari untuk mengurangkan beban bawaan di dalam beg.

Baju sukan zaman sekarang ni semuanya mempunyai fabrik/kain jenis cepat kering dengan branding masing masing, sebagai contoh Nike menggunakan istilah Dry-Fit, Adidas pula Climalite, Reebok Speed Wick dan lain lain. Baju sukan juga tidak menggunakan banyak ruang seperti tshirt cotton yang biasa kita pakai dan tak panas.

Tangan pendek atau panjang adalah pilihan, kalau rasa tangan macam sangat terdedah semasa buat aktiviti boleh disarung degan Arm Sleeve, selalu digunakan oleh pengayuh dan runner untuk elak tangan dari kena sun-burn.

Seluar? Elok belilah seluar hiking yang proper tu. Dah banyak orang jual di Facebook sekarang. (Pro-tip: Dah ada seluar hiking buatan Malaysia: Maria Sportswear)

Maria Sportswear

Kita akan sembang pasal kasut pulak di episod 2.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.