Tips Untuk Pendaki Baru Episod 4

Episod 1 kita belajar mengenai kepentingan stamina dan juga pakaian yang sesuai untuk dibawa, episod ke 2 pula kita belajar mengenai jenis kasut kasut yang selalu dipilih untuk ke hutan, episod ke 3 melihat sedikit tentang backpack. Kini tiba masanya untuk episod 4, kali ni kita nak tengok barang barangan yang wajib dibawa dan tak wajib dibawa ketika melalukan aktiviti gunung.

Dalam episod kali ni admin tak akan bincangkan tentang pakaian, beg apa patut guna dan kasut apa nak pakai sebab itu dah pon dibincangkan dalam episod episod lepas. Penambahan berkenaan pakaian pakaian lain mungkin akan ditambah baik dalam episod lain.

Barang Barang Yang Patut Dibawa (basic):
Carry Mat
Carry Mat
Dah banyak kali sangat nampak pendaki baru lupa nak bawa carry mat masa ikut trip lebih dari sehari.

Jangan salah faham dan ingat ground sheet tempat lapik duduk dan tidur tu tebal ya, ianya nipis dan adakalanya menyerap air (kalau ground sheet lama).

Fungsi carry mat ialah menjadi penebat antara sejuk/kotor tanah supaya anda dapat tidur dalam keadaan baik, ianya diperbuat daripada getah campuran. Bahagian bawahnya kalis air dan mempunyai bentuk corak (pattern), manakala sebelah lagi lembut untuk dijadikan tempat baring/duduk.

Manakala Carry Mat untuk kegunaan gym seperti aktiviti yoga dan senaman lain adalah nipis dan tidak kalis air.

Sleeping Bag
Sleeping Bag
Sesetengah pendaki tak kisah ada sleeping bag atau tidak, sebab dah biasa tidur berselimutkan kain pelikat. Tapi admin dah pernah nampak esoknya orang tu peluk orang sebelah yang pakai sleeping bag sebab sejuk. Terketar ketar time malam dalam hutan.

Never underestimate kesejukan hutan di waktu malam, sediakanlah sleeping bag untuk keselesaan tidur anda. Lagipun dah banyak terjual sleeping bag yang lightweight (ringan) dan hanya bersaiz tapak tangan apabila dilipat.
ultralight sleeping

Peralatan Makan dan Minum Sendiri
camping utensils
Pinggan dan cawan plastik, ini selalunya peralatan yang banyak pendaki baru lupa bawa sebab mengharapkan organizer yang sediakan pinggan dan cawan.

Tanggapan ini salah ye, pinggan dan cawan tidak disediakan dan kalau ada pun tak cukup untuk semua peserta.

Sila bawa pinggan dan cawan sendiri, sekurang kurangnya bila waktu makan tak payah menunggu orang makan sampai habis sambil buat muka sedih. Admin pernah nampak, orang tengah suap makanan dalam mulut, kawan sorang ni tak bawa pinggan pujuk sorang lagi makan laju laju. Mintak penampar orang macam ni.

Kalau korang jenis western, sudu dan garpu pon sila bawa dari rumah. Kalau tak ada pinggan, boleh juga diganti dengan tupperware kecil, lagipun sekarang ni dah banyak peralatan makan minum kegunaan camping yang ringan dan mudah dibasuh terjual. Kena rajin cari je.
camping item

Makanan Ringan dan Air Tenaga

ceklat

Snek atau kudap kudapan semasa perjalanan kena dibawa, nak beli coklat bar atau energy bar ataupun manis manisan biasa adalah terpulang kepada minat masing masing. Makanan memainkan peranan untuk menambah tenaga dan garam dalam perjalanan.

Berlapar ketika melakukan pendakian atau aktiviti hutan amatlah berbahaya, boleh menyebabkan pitam dan pengsan. Air tenaga pula untuk mengelakkan dari kekejangan otot dan juga kekurangan garam.

Lampu dan Bateri
headlamp energizer

Yang ini pun ada banyak terjadi, alasannya susah nak cari dan tak jumpa kedai yang menjual. Headlamp merupakan barang penting, ia membantu untuk menerangi jalan untuk pergerakan waktu malam. Selain pada tu nak buang air kecil/besar ke, nak jalan ke waterpoint ke, nak cari barang dalam beg ke.

Jangan biasakan diri untuk meminjam barang orang, kadang kadang waktu orang yang dipinjam barang tu nak pakai korang ntah kemana.

headlamp

Headlamp juga boleh digantikan dengan lampu suluh kalau tak terjumpa kedai yang menjual headlamp. Lampu ni tak perlu beli yang mahal mahal sampai mencecah harga 200-300, asalkan struktur binaannya berkualiti.

Sebagai contoh headlamp Energizer ni murah dan berkualiti, ia banyak terjual di shopping complex seperti Ace Hardware, Mr. DIY, Mydin, Tesco, Giant.. kena rajin jalan jalan je. Siap dapat bateri lagi.

Oh ya, jangan lupa bawak batteri spare.

energiza

Tisu
tissue

Bercakap pasal buang air kecil/besar, tisu juga merupakan salah satu barang yang sering dilupai. Ada sesetengah camp site tak mempunyai sungai atau waterpoint yang dekat, air botol besar yang korang harapkan untuk mencuci bahagian sensitif kadang kala tak mencukupi.

Gosok gosok gosok masih lagi ada. Air pulak dah habes, acaner tu?

Tips untuk mencuci kawasan sensitif lepas membuang ialah dengan mengelap dahulu bahagian tersebut sampailah yakin yang sisa yang tinggal itu tak banyak/tiada lagi, dan disempurnakan dengan cucian air dari botol yang dibawa.

Jangan lupa untuk tanam sekali tisu korang tu bersama dengan bahan buangan korang. Peringatan: Jangan bawa tisu basah (wet tissue) kerana ia lambat mereput dan akan menjadi sampah di dalam hutan. Hanya gunakan tisu biasa.

Plastik Kecil dan Plastik Sampah
section

Pendaki baru banyak yang tak dapat tips ni sampai lah derang dah join trip lebih dari sehari: Jadikan plastik sampah sebagai pembungkus barang dalam beg. Tips ni bagus untuk mengelakkan barang dalam beg basah kalau terpaksa meredah hujan dan sungai.

Plastik sampah ni banyak guna, disamping menjadi pembungkus untuk barang dalam beg, boleh jugak guna jadi pembugkus luaran beg, baju hujan gantian, mengasingkan baju basah dengan kering, bawak sampah dan boleh juga guna untuk kutip air (kalau tiada botol).

sampah bagpek

Plastik kecil pula bertujuan untuk membungkus wallet, smartphone dan barang barang lain yang tidak kalis air. Paling selalu orang akan beli zip lock bag dai Daiso atau Mr.DIY untuk fungsi ini.

smart

Pisau
pisau

Pisau adalah satu alatan yang harus ada ketika melakukan aktiviti hutan, ianya penting untuk menjadi kunci kepada keselamatan anda jikalau anda sesat di dalam hutan di dalam hutan. Memotong, memproses kayu api, membuat teduhan ataupun diwaktu kecemasan untuk menyelamatkan diri dari ancaman.

Pisau juga datang dalam banyak bentuk dan kegunaan, pisau lipat perbagai fungis seperti Swiss Army Knife, pisau pendek untuk kegunaan biasa, pisau 4-6 inchi untuk proses kayu atau makanan, dan di akhiri dengan parang yang sepanjang 8-12 inchi.

Alatan Menjahit
alatan menjahit

Dalam episod 3 kita bincang berkenaan beg, dan ada di antara pendaki yang mungkin mengunakan beg yang dari Vietnam, ataupun beg yang sudah lama digunakan. Alatan menjahit sebenarnya penting untuk dibawa kalau kalau tali beg terputus atau seluar dan baju terkoyak, admin sendiri pernah terputus tali masa di Gunung Tahan, mujur ada orang bawak jarum dan benang.

Pernah jugak admin tengok beg peserta barai sebab dah terlalu lama dan terpaksa diubah suai untuk memudahkan pergerakan. Jadi ingat, walaupun jarum dan benang nampak simple, ianya penting.

Kit ubat
obat

Siapa yang pernah kena cerry berry dalam hutan mesti akan tahu kepentingan ubat ubatan dalam aktiviti hutan. Pernah juga admin tengok ada peserta terkena sengatan tebuan yang pada orang lain tak membawa kesan, tetapi rupa rupanya dia ada alahan pada sengatan.

hambek

Kena gatal gatal dan bengkak habes muka dan badan, ada sesetengah jenis alahan boleh membawa maut, masa tu sapa pon tak bawa ubat. Boleh bayangkan tak perit peserta tu macam mana tergaru garu tunggu ubat dan alahan tu untuk reda?

alahan

Mujur ada seorang peserta perempuan ada membawa ubat, dia sampai lambat sikit sebab jadi sweeper. Kit ubat harus ada ubat sakit perut, ubat demam, ubat selsema dan alahan, dettol untuk mencuci luka, plaster pelbagai saiz, panadol actifast untuk sakit urat, pain killer dan ubat untuk membersihkan air.

Selipar
slipar jepun

Ni satu lagi barangan yang selalu kena kebas/pinjam masa di kem site. Selipar ni tujuannya untuk merehatkan kaki dan membolehkan kaki bernafas dengan baik masa di kemsite, setelah berjam jam menggunakan kasut yang kedap, bila tiba di kemsite kita cabut kasut dan pakai selipar pula.

Bawa selipar yang biasa biasa ja, mudah untuk diselitkan di dalam beg.

Rasanya itu ja barang barang yang patut dibawa selalu bila masuk hutan. Barang barang lain seperti baju hujan, payung, bedak kaki, seluar spare, dapur dan lain lain adalah tambahan dan boleh dibawa jika anda sudah semakin matang dalam pendakian dan aktiviti hutan. Sehingga berjumpa lagi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.