General Terms & Conditions
English version
Last updated: 1 October 2025
Welcome to JomHiking.com. The following Terms & Conditions govern your use of our website and services. By accessing or using our platform, website, or booking services, you agree to these Terms & Conditions. Please read them carefully before making any bookings.
1. General Terms
- Eligibility: Users must be at least 18 years of age to book a trip with JomHiking. Minors must be accompanied by a legal guardian or provide written consent.
- Booking and Payment: All trip bookings and payments must be made through the JomHiking platform or approved channels. Full payment is required to confirm your booking. Prices are transparent and stated clearly before confirmation, with no hidden charges.
- Privacy & Data Protection: Your personal data will be collected, stored, and used in accordance with our Privacy Policy. By using our platform, you consent to this data usage.
- Amendments: JomHiking may update these Terms from time to time. Updated Terms will be posted on the platform, and continued use constitutes acceptance.
2. Hike Participation Disclaimer
This disclaimer outlines the specific terms and conditions for all participants in JomHiking's guided hiking adventures.
A) Personal Data Collection:
- Personal Information: Participants’ personal information, including full name, identification number, address, and contact number, will be collected during registration.
- Purpose: This data is required for the purpose of applying for insurance coverage and forestry permits, as mandated by local authorities.
B) Eligibility & Medical Conditions:
Participation in hikes organized by JomHiking is not suitable for the following:
- Children under 5 years of age
- Individuals over 65 years of age
- Pregnant women
- Individuals with serious medical conditions, including heart problems, respiratory issues, high blood pressure, altitude sickness, recent surgery, or low fitness levels
- Individuals with back problems, vertigo, or fear of heights
- Individuals with mobility impairments or wheelchair users
- Individuals with insect allergies
- Individuals who have been diving within 24 hours prior to the hike
As a participant, you agree to disclose any medical conditions that may affect your ability to hike.
C)
Risks and Hazards:
Hiking activities carry inherent risks which may result in injury or, in rare cases, death.
These risks can be reduced through proper preparation, safety measures, and by following the instructions of the appointed guide (MGP).
Participants acknowledge the possibility of hazards including, but not limited to:
- Fatigue, dehydration, or muscle cramps
- Slips, falls, or straying off the trail
- Contact with poisonous or thorny plants
- Flash floods, landslides, falling trees or branches
- Encounters with wild or venomous animals
- Hyperthermia (overheating) or hypothermia (excessive cold)
- Infections or diseases transmitted by animals or the environment
D) User Responsibilities & Prohibited Conduct:
- As a participant, you agree to follow all safety instructions from certified guides and arrive on time at the designated meeting point.
- Participants must not engage in unsafe, abusive, or disruptive behavior, nor harass or disrespect other participants or guides.
- You agree not to consume alcohol, drugs, kratom, or any illegal substances during the trip.
- No littering allowed. Please keep the trail clean and follow the "Leave No Trace” principles.
- Sharing false information during booking or registration is prohibited.
E) Insurance & Liability:
- All participants will be covered under the Hikers’ Personal Accident (PA) Insurance plan, which provides protection against accidental injury or death as specified by the insurer Read More. JomHiking will arrange this on your behalf as part of the booking process.
- JomHiking and its team shall not be held liable for any claims outside the scope of this insurance coverage. All insurance claims must be made directly to the insurance company.
- Participants remain responsible for their own actions during the hike and are required to follow all safety instructions provided by the guides (MGP).
E) Media Consent:
- By participating in JomHiking trips, you grant JomHiking the right to capture, use, and publish photographs or video recordings taken during the trip for promotional, marketing, and documentation purposes.
- Participants who do not wish to be photographed or recorded must notify JomHiking in writing before the trip.
- This clause shall be read together with our Privacy Policy.
3. Cancellations & Refunds
- Cancellation policies (refunds, reschedules) will be stated clearly for each trip and are trip-specific.
- Refunds (if applicable) will be processed within a specified number of working days.
- JomHiking reserves the right to cancel or reschedule trips due to safety, weather, or operational reasons. Participants will be informed promptly.
4. Intellectual Property
- All content, branding, and materials on the JomHiking platform remain the property of JH Outdoor Venture.
- Users may not use JomHiking’s logo, brand, or content without written consent.
5. Disputes
- Any complaints or disputes must be submitted in writing to support@jomhiking.com.
- JomHiking will review and respond within a reasonable timeframe.
- These Terms & Conditions are governed by the laws of Malaysia.
Terma & Syarat Umum
Versi Bahasa Malaysia
Terakhir Dikemaskini: 1 Oktober 2025
Selamat datang ke JomHiking.com. Terma & Syarat berikut mengawal penggunaan laman web dan perkhidmatan kami. Dengan mengakses atau menggunakan platform, laman web, atau perkhidmatan tempahan kami, anda bersetuju dengan Terma & Syarat ini. Sila baca dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan.
1. Terma-Terma Umum
- Kelayakan: Pengguna mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menempah trip dengan JomHiking. Peserta bawah umur mesti ditemani oleh penjaga yang sah atau memberikan kebenaran bertulis.
- Tempahan dan Pembayaran: Semua tempahan trip dan pembayaran mesti dibuat melalui platform JomHiking atau saluran yang diluluskan. Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda. Harga adalah telus dan dinyatakan dengan jelas sebelum pengesahan, tanpa caj tersembunyi.
- Privasi & Perlindungan Data: Data peribadi anda akan dikumpulkan, disimpan, dan digunakan mengikut Dasar Privasi kami. Dengan menggunakan platform kami, anda bersetuju dengan penggunaan dasar ini.
- Pindaan: JomHiking berkemungkinan akan mengemaskini terma-terma ini dari semasa ke semasa. Terma-terma yang dikemas kini akan diterbitkan di platform, dan penggunaan berterusan merupakan penerimaan kepada terma tersebut.
2. Penafian Penyertaan Pendakian
Penafian ini menggariskan terma dan syarat khusus untuk semua peserta dalam pendakian berpandu JomHiking.
A) Pengumpulan Data Peribadi:
- Data Peribadi: Data peribadi peserta, termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, dan nombor hubungan, akan dikumpulkan semasa pendaftaran.
- Tujuan: Data ini diperlukan untuk tujuan permohonan perlindungan insurans dan permit perhutanan, seperti yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan.
B) Kelayakan & Kondisi Perubatan:
Penyertaan pendakian yang dianjurkan oleh JomHiking adalah tidak sesuai untuk golongan yang berikut:
- Kanak-kanak di bawah 5 tahun
- Individu melebihi 65 tahun
- Wanita mengandung
- Individu dengan kondisi perubatan yang serius, termasuk masalah jantung, masalah pernafasan, tekanan darah tinggi, penyakit altitud tinggi, baru lepas pembedahan, atau tahap kecergasan yang rendah
- Individu dengan masalah tulang belakang, vertigo, atau fobia akan ketinggian
- Individu dengan masalah mobiliti atau pengguna kerusi roda
- Individu yang mempunyai alahan serangga
- Individu yang telah menyelam dalam tempoh 24 jam sebelum mendaki
Sebagai peserta, anda dikehendaki mendedahkan sebarang kondisi perubatan yang mungkin mempengaruhi keupayaan anda untuk mendaki.
C) Risiko dan Bahaya:
Aktiviti mendaki membawa risiko yang boleh mengakibatkan kecederaan atau, dalam kes yang jarang berlaku, kematian.
Risiko ini boleh dikurangkan melalui persediaan yang betul, langkah-langkah keselamatan, dan mematuhi arahan dari malim gunung (MGP).
Peserta mengakui kemungkinan risiko dab bahaya termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Keletihan, dehidrasi, atau kekejangan otot
- Tergelincir, jatuh, atau tersesat dari laluan
- Sentuhan dengan tumbuhan beracun atau berduri
- Banjir kilat, tanah runtuh, pokok atau dahan tumbang
- Berselisih dengan haiwan liar atau berbisa
- Hipertermia (kepanasan melampau) atau hipotermia (kesejukan melampau)
- Jangkitan atau penyakit yang disebarkan oleh haiwan atau persekitaran
D) Tanggungjawab Pengguna & Tingkah Laku Dilarang:
- Sebagai peserta, anda bersetuju untuk mematuhi semua arahan keselamatan daripada malim gunung bertauliah dan tiba tepat pada masa di tempat pertemuan yang ditetapkan.
- Peserta dilarang melakukan tindakan yang berbahaya, kasar, serta tidak mengganggu atau tidak menghormati peserta atau malim gunung yang lain.
- Anda bersetuju untuk tidak mengambil alkohol, dadah, ketum, atau sebarang bahan terlarang lain semasa trip pendakian.
- Dilarang membuang sampah. Sila pastikan laluan sentiasa bersih dan amalkan prinsip "Leave No Trace”.
- Perkongsian maklumat palsu semasa tempahan atau pendaftaran adalah dilarang.
E) Insurans & Liabiliti:
- Semua peserta akan dilindungi di bawah pelan khas Insurans Kemalangan Diri (PA) Pendaki, yang memberikan perlindungan terhadap kecederaan tidak sengaja atau kematian seperti yang diperincikan oleh syarikat insurans Baca Lanjut. JomHiking akan menguruskan pembelian insurans ini bagi pihak anda sebagai sebahagian daripada proses tempahan.
- JomHiking tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan di luar skop perlindungan insurans ini. Semua tuntutan insurans mesti dibuat secara terus kepada syarikat insurans.
- Peserta kekal bertanggungjawab atas tindakan masing-masing semasa mendaki dan dikehendaki mematuhi semua arahan keselamatan yang diberikan oleh malim gunung (MGP).
F) Persetujuan Media:
- Dengan menyertai trip JomHiking, anda memberikan JomHiking hak untuk merakam, menggunakan, dan menerbitkan gambar atau rakaman video yang diambil sepanjang trip bagi tujuan promosi, pemasaran, dan dokumentasi.
- Peserta yang tidak mahu difoto atau dirakam hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada JomHiking sebelum trip bermula.
- Klausa ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi kami.
3. Pembatalan & Bayaran Balik
- Polisi pembatalan (bayaran balik, penjadualan semula) akan dinyatakan dengan jelas untuk setiap trip dan adalah khusus untuk trip tersebut.
- Bayaran balik (jika berkenaan) akan diproses dalam tempoh hari bekerja yang ditentukan.
- JomHiking berhak untuk membatalkan atau menjadualkan semula trip atas faktor keselamatan, cuaca, atau operasi. Peserta akan dimaklumkan dengan kadar yang segera.
4. Harta Intelek
- Semua kandungan, penjenamaan, dan bahan di platform JomHiking kekal menjadi hak milik JH Outdoor Venture.
- Pengguna tidak boleh menggunakan logo, jenama, atau kandungan JomHiking tanpa kebenaran bertulis.
5. Pertikaian
- Sebarang aduan atau pertikaian mesti diserahkan secara bertulis ke support@jomhiking.com.
- JomHiking akan meneliti dan membalas aduan tersebut dalam tempoh masa yang munasabah.
- Terma & Syarat ini ditadbir di bawah undang-undang Malaysia.