Tentang Kami


JOMHIKING ialah sebuah platform tempahan dalam talian yang menghubungkan para pendaki dengan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bertauliah di seluruh Malaysia. Seiring dengan keperluan mandatori MGP di banyak lokasi pendakian popular, kami memudahkan para pendaki untuk menempah MGP bertauliah serta mendapatkan permit dan insurans yang diperlukan — semuanya di satu tempat.


Ditubuhkan pada tahun 2025 oleh sekumpulan peminat aktiviti lasak, JOMHIKING  memudahkan proses merancang, menempah, dan menerokai keindahan alam semula jadi Malaysia. Lebih daripada sekadar platform tempahan, kami merupakan pintu masuk anda kepada khazanah alam tersembunyi di Malaysia.


Visi Kami


Kami bukan sekadar membangunkan sebuah platform. JOMHIKING berhasrat untuk:


  • Memperkasa komuniti MGP dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
  • Mempromosikan aktiviti pendakian yang selamat, bertanggungjawab dan patuh undang-undang
  • Mendidik pendaki mengenai persediaan perjalanan yang betul dan kesedaran hutan
  • Menawarkan pengalaman yang telus, boleh dipercayai dan diyakini komuniti pendakian