7 Barang Wajib Untuk Persediaan Musim Monsun di Malaysia

Amaran cuaca telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) bahawa rakyat Malaysia bakal berdepan episod hujan lebat berterusan, ribut petir serta banjir besar di seluruh negara ekoran gelombang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada November 2025 sehingga awal tahun 2026.
Taburan hujan luar biasa ini berpunca daripada fenomena La Niña yang mempengaruhi corak angin dan cuaca di seluruh dunia — termasuk Malaysia.
Bagi komuniti outdoor, perubahan cuaca ini memberi kesan besar kepada aktiviti pendakian di hutan dan kawasan berbukit, sehingga menyebabkan banyak penutupan Hutan Simpan Kekal (HSK) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Berikut ialah 7 barang wajib yang disarankan untuk setiap rumah sebagai persiapan menghadapi musim monsun.

1. Stok Makanan
Semasa hujan lebat, akses ke kedai atau pasar raya mungkin terganggu. Simpan stok makanan yang tahan lama seperti:
- Makanan dalam tin
- Biskut, granola, bar tenaga
- Makanan segera seperti mi segera
- Buah kering atau kacang
Makanan berkalori tinggi sangat penting sekiranya anda terkandas atau terpaksa berhenti di lokasi perlindungan.

2. Bekalan Air Bersih
Gangguan bekalan air adalah perkara biasa semasa banjir kerana kerosakan infrastruktur sistem pengairan dan perpaipan.
Sediakan sekurang-kurangnya bekalan air untuk 3 hari setiap ahli keluarga termasuk untuk tujuan:
- Makan dan minum
- Memasak
- Kegunaan asas seperti mencuci
Untuk kecemasan pastikan ada tablet penapis air atau portable water filter sekiranya perlu mengambil air dari sumber semula jadi. Ini amat penting untuk memastikan air tersebut selamat diminum dan bebas daripada bakteria berbahaya.

3. Lampu Suluh & Powerbank
Bekalan elektrik berpotensi terputus akibat angin kuat, hujan lebat atau banjir.
Pastikan korang ada:
- Lampu suluh yang terang dan tahan lama
- Headlamp untuk kegunaan hands-free
- Powerbank 10,000–20,000 mAh
- Kabel pengecas yang sentiasa berada dalam beg
Ini memastikan korang sentiasa dapat berkomunikasi dan bergerak dengan selamat dalam keadaan gelap sekiranya terputus bekalan elektrik.

4. Kit Pertolongan Kecemasan
Kit asas ini perlu mengandungi:
- Plaster & pembalut luka
- Antiseptik
- Gunting kecil
- Sarung tangan perubatan
- Ubat tahan sakit
- Spray untuk kecederaan ringan


5. Ubat-Ubat Keperluan
Pastikan stok ubat penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, asma, atau sakit jantung mencukupi. Selain itu, sediakan juga:
- Ubat demam & batuk
- Oral rehydration salt (ORS)
- Minyak angin
- Ubat cirit-birit
Cuaca sejuk dan lembap mudah menyebabkan tubuh lemah dan mudah jatuh sakit.

6. Produk Kebersihan & Sanitasi
Hujan lebat dan banjir boleh mengganggu kebersihan asas. Sediakan:
- Tisu basah
- Sabun & sanitizer
- Ubat gigi
- Lampin (jika ada anak kecil)
- Tuala kecil

7. Dokumen Penting dalam Bekas Kalis Air
Simpan dokumen berikut dalam waterproof pouch atau fail kalis air:
- Kad pengenalan
- Sijil Kelahiran / Nikah
- Geran rumah/kereta
- Buku rekod kesihatan
- Polisi insurans
Buat salinan digital dalam telefon sebagai langkah berjaga-jaga.
Kesimpulan
Fenomena La Niña bukan sekadar musim hujan biasa — ia boleh menjejaskan aktiviti harian dan mengancam keselamatan. Sentiasa peka terhadap keadaan cuaca, bawa kelengkapan kalis air, simpan pakaian kering, pastikan pencahayaan mencukupi, dan elakkan kawasan berisiko terutama sungai ketika hujan. Dengan membuat persediaan awal ini, korang dapat melindungi diri, dan keluarga daripada perkara yang tidak diingini.






