7 Prinsip ‘Leave No Trace’ yang Hikers Wajib Tahu di Malaysia

Nabil Mohamad • October 2, 2025

Apa itu konsep ‘Leave No Trace' dalam hiking?

Kebelakangan ini banyak pula berita tentang pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa hiking, sampai ada laluan hutan terpaksa ditutup bagi tujuan konservasi.


Ye lah, kalau pihak berwajib tak ambil tindakan drastik, nanti boleh timbul balik kes penyakit membawa maut seperti kencing tikus dan lain-lain.


Puncanya? Masih ramai orang awam, terutama pendaki gunung, yang kurang kesedaran dan tak amalkan prinsip ‘Leave No Trace'. Tapi apa sebenarnya maksud prinsip ni?


Prinsip dia simple je, kita nikmati aktiviti hiking tanpa tinggalkan kesan yang boleh merosakkan alam semula jadi. Senang cerita, kita hiking hanya bawa balik kenangan, bukan tinggalkan sampah!


Jom tengok 7 prinsip mudah ‘Leave No Trace' yang semua pendaki gunung beretika patut amalkan:



1. Rancang dan Bersedia
Sebelum hiking, rancang betul-betul. Bawa barang yang cukup dan perlu sahaja, jangan terlebih sampai berlebihan hingga perlu dibuang. Bila semua cukup, perjalanan pun lancar, sampah pun kurang.



2. Guna Laluan Denai & Tapak Khemah yang Lasak
Ikut je trail yang sedia ada, jangan pandai-pandai buat shortcut. Kalau camping, pasang khemah kat tapak lasak yang ditetapkan. Jadi, ekosistem pun tak terganggu.



3. Buang Sisa dengan Betul 
Prinsip paling penting adalah “apa yang dibawa masuk, kena bawa keluar balik”. Jangan lupa bawa plastik sampah setiap kali hiking. Sampah, sisa makanan, semua kena bawa balik. Make sure tapak perkhemahan betul-betul bersih tiada kesan. Kalau nak basuh periuk atau pinggan, guna sabun biorosot (biodegradable) supaya air sungai tak tercemar.



4. Jangan Ambil Apa-Apa
Jumpa batu cantik? Bunga unik? Biarkan je kat situ. Ingat, kita datang untuk tengok, bukan untuk bawa balik. Alam sekitar lebih indah bila kekal semula jadi. Nama pun “Nature”!



5. Kurangkan Unggun Api 
Kalau boleh, masak guna stove mudah alih. Kalau terpaksa buat unggun api, buat kecil je dengan kayu yang boleh dipatahkan tangan. Elakkan buat unggun besar yang boleh tinggalkan parut besar dekat tanah.



6. Hormati Hidupan Liar
Binatang liar memang comel dan unik, tapi jangan dikejar atau diganggu. Lagi-lagi jangan bagi makan kerana boleh rosakkan kesihatan dan ubah tingkah laku semula jadi haiwan. Tengok dari jauh je, itu pun dah cukup seronok!



7. Bertimbang Rasa dengan Orang Lain 
Atas trail, senyum sikit kalau jumpa orang. Bagi laluan bila perlu. Jangan buat bising atau pasang speaker kuat-kuat. Bagi semua orang rasa suasana kedamaian alam semula jadi. Baru best
vibe hiking!


Kesimpulan


Prinsip ‘Leave No Trace' ni bukan sekadar untuk hikers, tapi untuk semua orang yang cintakan alam semula jadi. Lagi ramai yang amalkan, lagi lama kita boleh nikmati keindahan gunung, hutan, sungai dan pantai.


Ingat ya hiking memang seronok, tapi tanggungjawab menjaga alam sekitar pun sama penting!


#JomHiking

#LeaveNoTrace

#JagaAlamSekitar

#EtikaPendakiGunung


Sumber: © 2025 Leave No Trace

A flat lay photo showing a full set of organized hiking gear, including a backpack, boots, trekking.
By Muhammad Nabil bin Mohamad September 10, 2025
Panduan lengkap untuk hikers beginner! Ketahui kelengkapan asas seperti kasut, pakaian, dan tips keselamatan penting untuk pengalaman hiking yang selamat.